Lengkap Suntikan Vaksin: Tiada Had Kapasiti Kenderaan
Berita baik untuk anda yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, ini kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) baharu yang anda perlu tahu!

Bermula sekarang, individu yang menetap di dalam negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sudah menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan menaiki satu kenderaan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan.
Ini bermakna tiada had jumlah individu dalam satu kenderaan dan ketetapan itu mengikut kapasiti penuh sesebuah kenderaan.
-full.jpg)
Malah, SOP terbaharu ini turut menyatakan bahawa tiada lagi had perjalanan 10 kilometer asalkan dalam daerah yang sama.
Bagaimanapun, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh, melawat anak berusia bawah 18 tahun dan individu yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta polis.

Perkara ini dimaklumkan menerusi perincian SOP baharu oleh Majlis Keselamatan Negara yang dikemas kini melalui aplikasi Telegram pada Sabtu lalu.
Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.
Ingat! kelonggaran sekatan ini bertujuan untuk kita dapat meneruskan kelangsungan hidup dan vaksin tidak melindungi kita seratus peratus.
Jadi, kita perlu sentiasa waspada dan sentiasa mengambil kira keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling sebelum menggunakan mana-mana kemudahan yang kerajaan berikan!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat