Fuh Lain Macam Teknologi & Ciri Keselamatan Land Cruiser, Patut Laku Keras!
Berita baik kepada yang nak beli kereta Land Cruiser. Ini kerana Toyota Motor Corporation mengumumkan pihaknya telah melancarkan Land Cruiser pada 2 Ogos lalu.
Pada mulanya Toyota Land Cruiser yang dilancarkan pada 1 Ogos 1951, dikenali sebagai Toyota BJ. Sepanjang 70 tahun kewujudannya di pasaran automotif , model berkenaan dikatakan menepati kehendak dan keperluan para pengguna.


Ia telah mencecah jualan kumulatif kira-kira 10.6 juta unit memandangkan ia mendapat sambutan menggalakannya daripada para pelanggannya dari 170 negara.
Land Cruiser baharu ini telah direka bentuk dengan sepenuhnya dan kini didatangkan dengan wishbone berkembar di bahagian hadapan dan sistem suspensi rigi axle di belakang.
Kedua-dua varian ZX dan GR Sport dilengkapi dengan sistem Suspensi Pembolehubah Adaptif Solenoid Linear yang baharu.
Ciri standard yang ditawarkan untuk ZX, GR Sport dan VX ialah stereng kuasa hidraulik bersama penggerak stereng dan kawalan brek elektronik.
Ciri lain yang meningkatkan kestabilan stereng dan pengendalian kenderaan itu ialah Torsen® Limited Slip Differential (LSD). Ia merupakan ciri standard untuk varian ZX.
Bagi menyokong pemanduan off-road, terdapat Multi-Terrain Select dimana pemandu boleh memilih enam mod iaitu, Auto, Dirt, Sand, Mud, Deep, Snow dan Rock.
Malah, fungsi itu kini boleh digunakan untuk off-road memandangkan kapasiti operasinya telah diperluaskan ke mod jarak jauh, H4.
![]()
Ia juga dilengkapi dengan Multi-Terrain Monitor. Ia merupakan satu sistem yang menggunakan empat kamera untuk membantu pemandu memeriksa keadaan di sekitar kenderaan.
Terdapat juga paparan skrin bersaiz 12.3 inci (pilihan pengeluar kereta) dengan fungsi paparan off-road yang mempamerkan data inclinometer, daya pecutan, brek termasuk beberapa maklumat lain.
Land Cruiser baharu itu didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa enjin turbo berkembar V6 bersesaran, 3.5 liter yang mampu menjana 409 kuasa kuda dan tork 650 Nm. Bagi enjin turbo berkembar V6 bersesaran diesel, 3.3 liter pula, kuasa maksimumnya pula ialah 305 kuasa kuda dan tork 700Nm.

Menjengah bahagian luarannya pula, kenderaan ini dikatakan masih mengekalkan dimensi panjangnya (bergantung kepada varian) dan panjang jarak roda.
Bagaimanapun, kedua-dua gril radiator dan lampu hadapah kini diposisikan lebih tinggi manakala bahagian bawah bampar di hadapan dan belakang juga telah ditinggikan bagi mengelak sebarang halangan.
Kini, terdapat warna baharu yang dikenali sebagai Precious White Pearl.

Bagi ruang dalamannya, terdapat beberapa perubahan termasuk kerusi hadapan telah dialihkan di barisan belakang, manakala tempat kerusi barisan kedua dan ketiga juga dikatakan telah dikemaskini dengan penuh teliti.
Malah, tempat kerusi di barisan ketiga juga boleh diselaraskan sehingga ke lantai bagi memuatkan lebih banyak beg bagasi.


Panel instrumen mendatar yang menggunakan pemantau enam jarum boleh mengesan kelajuan, minyak, suhu air, tekanan minyak termasuk jika permukaan jalan raya tida rata.

Hadir dengan Monitor Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Monitor) untuk pandangan depan lebih jelas, manakala sistem Pilihan Pelbagai Rupa Bumi (Multi-Terrain Select) menawarkan fungsi mod pemanduan dan talaan secara automatik.
Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kawalan turun bukit dan kawalan crawl.
Penukaran mod ini ditempatkan di satu tempat mengikut jenis: pemanduan, sistem tork pemanduan, sistem audio dan sistem penyaman udara.
Antara lain yang terdapat di ruang dalamannya ialah kedua-dua tempat duduk hadapan dan barisan kedua dilengkapi dengan fungsi pemanas tempat duduk dan terdapat kotak sejuk untuk meletakkan makanan dan minuman.
Saluran udara di bahagian pemandu juga dilengkapi dengan teknologi nanoeTM *4 X


Tetapi tahukah anda bahawa Land Cruiser yang baharu ini dilengkapi dengan paparan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci yang beresolusi tinggi selain boleh mengingati lebih tiga tetapan kenderaan.
Sungguh hebat! Ini juga termasuk posisi pemanduan, tetapan dalaman dan paparan selain bagi keselesaan pemilik kenderaan ini.
Malah, but belakang berkuasa bebas tangan dimana ia membolehkan pemandunya membawa kunci pintar untuk membuka dan menutup kenderaan itu secara automatik.

Jika anda bertanya mengenai apakah ciri keselamatan yang terdapat pada jentera ini? Ya, ia dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari bagi menghidupkan enjin namun pengesahan cap jari ini diperlukan untuk individu yang menggunakan kenderaan Toyota buat pertama kali.
Bagi menghidupkan kereta ini, pemandunya perlu membawa kunci pintar, tekan pedal brek dan sentuh sensor cap jari di butang start.
Jika cap jari itu tidak sepadan dengan cap jari yang didaftarkan maka, enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan.

Sebagai keselamatan, dua fungsi ditambahkan pada sistem pra-pelanggaran. Ini termasuk fungsi mengesan kenderaan yang akan datang di kawasan simpang dan pejalan kaki yang akan melintas jalan apabila kenderaan ini membuat pusingan.
Antara ciri keselamatan lain termasuk brek sokongan tempat letak kereta, fungsi mencuci kamera, pemantau titik buta dan Sambungan ITS.

Sementara itu, varian GR Sport pula dilengkapi dengan ciri eksklusif! Antaranya, gril radiator istimewa, bamper hadapan dan belakang juga dikatakan agak istimewa.
Ia juga terdiri daripada roda eksklusif berwarna hitam, rim aloi aluminium 18 inci (warna mud grey) serta terdapat lambang di bahagian (hadapan/sisi/ belakang) pemegang pintu sisi luar (Hitam), dan cermin pintu (Hitam).
Ciri dalamannya juga eksklusif termasuk roda stereng kulit asli yang khas (corak tenunan karbon bermesin dengan lambang GR), kerusi hadapan juga istimewa kerana digandingkan dengan lambang GR, dekorasi dalaman (panel serat karbon), warna dalaman (GR-eksklusif Hitam dan Dark Red) dan kunci pintar.
Maka, tidak hairan kebolehpercayaan dan umur yang panjang Land Cruiser sebenarnya membawa kepada popularitinya yang meletup, terutama di Malaysia.
Tahniah Toyota!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Akio Toyoda Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Toyota, Apa Yang Berlaku?
Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp. oleh pemegang saham syarikat itu walaupun terdapat skandal berkaitan tadbir urus dan ujian pensijilan.
21-06-2024
Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic
Toyota Motor Corporation telah menyelesaikan pengambilalihan Primearth EV Energy Co., Ltd. (PEVE).
28-03-2024
Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024
Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
14-02-2024
Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu
Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,
26-12-2023
Cukup Macho, Sporty Habis, Tiba Tak Lama Lagi?
Nampaknya Toyota Motor Corporation (TMC) telah memilih untuk menggunakan jenama Lexus untuk memperkenalkan model EV generasi pertamanya.
25-09-2023
Adakah Model GR Akan Diabaikan? Ini Penjelasan CEO Baharu Toyota
Peletakan jawatan presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda, telah menimbulkan kebimbangan peminat kereta sport di seluruh dunia.
02-05-2023
Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun
Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.
15-02-2023
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
