BMW Perkenal Warna Unik Untuk 1 Series & 2 Series Gran Coupe.
Bosan dengan warna gelap, kilang pemasangan BMW yang terletak di Leipzig, Jerman kini menawarkan warna Individual kepada dua model paling ‘mampu milik’ dalam barisannya iaitu 1 Series dan 2 Series Gran Coupe.
Untuk makluman anda, warna individual sebelum ini hanya ditawarkan pada model tertentu sahaja.

Malah, bagi mereka yang membeli kedua-dua model tersebut kini mempunyai sekurang-kurangnya 160 warna eksklusif untuk dipilih.
Menarik bukan?
Pilihan warna itu termasuklah Speed Yellow, San Marino Blue, Verde Ermes Green dan Nardo Grey.

Menurut BMW, tempahan untuk model BMW dengan warna Individual di kilang Leipzig sudah penuh hingga akhir tahun ini.
Syarikat BMW di Jepun sahaja sudah memesan sekurang-kurangnya 180 unit 118d dalam warna Hockenheim Silver, Ruby Red dan Sepia Violet.

Menerusi tawaran pilihan cat warna ini, para pelanggan dikatakan hanya perlu menunggu 10 minggu dan jika pelanggan tidak menemui warna yang sesuai, mereka sebenarnya boleh mereka warna sendiri menerusi laman web Visualizer BMW Individual.
Oleh itu, bagi memastikan warna berkenaan boleh diaplikasikan pada model yang lebih kecil, BMW dikatakan sanggup menaik taraf kilang mereka di Leipzig untuk menyediakan sistem bekalan warna
Bagi memastikan warna-warna eksklusif berkenaan kemasan warna individu itu boleh diaplikasikan pada model-model yang lebih kecil.
Maka, BMW telah menaik taraf kilang sistem mereka di Leipzig semata-mata untuk memenuhi permintaan cat khas itu.
Pasukan yang bertugas dikatakan telah memperluaskan servis tambahan dan pengawasan dalam menjalankan kerja-kerja mengecat warna unik ini.
Langkah ini diambil memandangkan beberapa proses dilihat tidak boleh dilakukan secara automatik kerana beberapa proses mengecat dikatakan rumit selain mengambil masa yang agak lama.
Biarpun, kemasan warna individu ini hanya didapati di kilang pemasangan di Leipzig buat masa ini, sebaliknya trend penempahan jentera menunjukkan rata-rata pelanggannya memilih warna kuning, biru dan ungu.
Untuk keterangan lanjut mengenai warna individual, pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang BMW Individual Visualiser.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


