BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 Kini di Malaysia – CKD, dari RM399,800

BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024. Model baharu ini menggantikan versi bukan M Sport Pro dengan reka bentuk yang lebih sporty pada harga RMRM399,800.


Sama seperti model yang digantikannya, X4 xDrive30i M Sport Pro baharu turut dipasang secara tempatan (CKD) di kilang BMW di Kulim, Kedah.
Reka Bentuk BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024




Jentera sporty ini didatangkan dengan M Lights Shadowline dan M High-Gloss Shadowline yang menggantikan bahagian krom kepada aksen gelap dan hitam berkilat pada gril hadapan, paip ekzos dan bahagian lain. Menaikkan lagi aura agresif X4 ini adalah penggunaan rim 21 inci BMW Individual V-Spoke Style 726 dengan brek M Sports berwarna merah.
Pilihan Warna dan Upholsteri BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024



BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 ditawarkan dalam tiga warna iaitu Alpine White, Black Sapphire dan M Brooklyn Grey.
Di bahagian dalam, terdapat dua pilihan upholsteri iaitu ‘Vernasca’ Tacora Red Décor Stitching dan Leather ‘Vernasca’ Black Décor Stitching, memberikan pilihan kemasan yang elegan dan premium kepada pelanggan.
Teknologi dan Keselamatan BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


Model baharu ini dilengkapi dengan ciri bantuan jelajah aktif (ACC) dengan fungsi henti-mula, sebagai tambahan kepada sistem bantuan pemanduan sedia ada.
Selain itu, ia juga mempunyai fungsi telephony dengan pengecasan tanpa wayar, sementara kemudahan kabin lain kekal sama seperti model sebelumnya.
Prestasi dan Enjin BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder berpengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan Steptronic Sport. Trenkuasa ini menghasilkan 248 hp dan 350 Nm, membolehkan X4 membuat pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 240 km/j.
Harga Jualan dan Waranti Pembelian BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024


BMW X4 xDrive30i M Sport Pro 2024 kini boleh ditempah pada harga RM399,800 atas jalan, tanpa insurans. Harga ini termasuk waranti kenderaan standard selama 2 tahun.
Untuk perlindungan lebih panjang boleh dapatkan pakej BMW Service & Repair Inclusive yang bernilai RM26,700, merangkumi Waranti Lanjutan dan Servis selama 5 tahun.
Baca: Project Midnight: Jentera WRX Paling 'Menggerunkan' Pernah Dihasilkan Subaru
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
BMW Bakal Lancar 40 Model Kereta Menjelang 2027!
BMW, mendedahkan rancangan agresif iaitu untuk melancarkan sekurang-kurangnya 40 model baharu atau dikemas kini menjelang 2027!
17-03-2025
Hari Bersejarah! BMW Capai Angka Produksi MINI 1 Juta Unit!
Hari bersejarah tercipta buat BMW Group setelah menghasilkan hatchback 3 pintu MINI unit yang ke-satu juta.
18-04-2023
Ada Berita Baik Buat Pembeli Kereta BMW!
Semua model baharu BMW kini menawarkan Integrasi Telefon Pintar dengan Android Auto Wayarles dan Apple CarPlay.
03-01-2023
Seong Hoe Premium Motors Baru Sahaja Dinaiktaraf
BMW Group Malaysia meraikan pembukaan rasmi bilik pameran Seong Hoe Premium Motors dimana beberapa kemudahan di pusat itu telah dinaik taraf baru-baru ini.
29-11-2022
BMW Bakal Guna Bateri Lebih Berkuasa Untuk EV Mulai Tahun 2025
Syarikat pengeluar kereta Jerman, BMW Group secara rasmi telah mengesahkan penukaran teknologi bateri daripada sel prismatik kepada sel bateri litium-ion silinder.
18-09-2022
BMW 2 Series Cuma Ada 50 Unit, Edisi Terhad, Harga Bermula RM227K
BMW tampil dengan model eksklusif dari litar ke jalan raya dengan hanya menawarkan 50 unit Edisi Terhad BMW 2 Series M Performance.
28-06-2022
BMW Perkenal Warna Unik Untuk 1 Series & 2 Series Gran Coupe.
BMW memperluaskan penawaran warna Individual kepada dua model paling ‘mampu milik’ dalam barisannya iaitu 1 Series dan 2 Series Gran Coupe
17-09-2021
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat