smart #3 Kini Rasmi di Pasaran – 3 Varian, Capai 455 KM, dari RM175,000
![]()
smart #3 kini ditawarkan di pasaran dalam tiga varian bermula daripada RM175,000.
Setelah pendaftaran minatnya dibuka pada awal Mei lalu, smart Malaysia (PRO-NET) hari ini telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, smart #3, untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran dalam tiga varian iaitu Brabus, Premium dan Pro pada harga yang bermula daripada RM175,000, atas jalan, tidak termasuk insurans.
TRENKUASA & PRESTASI SMART #3
Varian Pro dan Premium menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa sebanyak 272 ps (200 kW)/ 343 Nm, memberikannya kemampuan untuk mencapai 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 180 km/j.
Sementara itu, Brabus pula diberikan dua motor elektrik, pacuan semua roda (AWD) dengan output kuasa 428 PS (315 kW)/ 543 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa jauh lebih pantas, 3.7 saat. Mod pelancaran ‘Roket’ turut disediakan.

Varian Pro diberikan bateri LFP berkapasiti 49 kWj yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 325 km dengan cas penuh, lebih 10 km berbanding smart #1 Pro. Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 7.4kW dan DC 130kW.


Pengguna boleh mengakses 80% pengecas EV daripada pelbagai operator di serata Malaysia dengan mudah melalui aplikasi Hello smart (kiri). Varian Premium dan Brabus boleh dicas pantas (DC) daripada 0-80% dalam masa kurang 30 minit (kanan).
Varian Premium dan Brabus pula menggunakan bateri NMC 66 kWj yang memberikan jarak perjalanan sehingga 415 km untuk Brabus (dua motor) dan 455 km untuk Premium, kedua-duanya 15 km lebih jauh berbanding varian sama bagi smart #1. Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 22kW dan DC 150kW.
REKA BENTUK SMART #3



Reka bentuk luaran smart #3 Brabus.
SUV coupe smart #3 dibina menggunakan platform 'Sustainable Experience Architecture' (SEA) oleh Geely yang mampu menampung 400 volt dan 800 volt. Model lain yang dibina dengan platform sama ialah smart #1, tidak hairan mengapa #3 mempunyai rekaan yang hampir sama dengan SUV tersebut.
Dari segi dimensi, smart #3 berukuran 4,440 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan dengan jarak antara roda 2,785 mm. Model ini adalah lebih rendah, tetapi lebih panjang daripada smart #1. Selain itu, bentuknya juga agak berbeza jika dilihat daripada garis bumbung yang lebih landai, memberikannya gaya coupe yang lebih sporty.


Model ini diberikan bentuk badan yang lebih aerodinamik berbanding smart #1 dengan pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.27 cd berbanding 0.29 untuk #1.
Dari segi kelengkapan, Pro diberikan lampu depan LED ‘CyberSpark’ dan rim ‘Flux’ berukuran 19 inci. Premium pula diberikan lampu depan LED dengan bantuan lampu suluh tinggi adaptif dan rim 19 inci yang sama dalam rekaan berbeza, ‘Torque’.
Varian tertinggi, Brabus, diberikan reka bentuk yang lebih agresif dan sporty dengan rim Synchro 20 inci, kaliper brek merah dan spoiler yang lebih menonjol.
KABIN SMART #3




Kabin smart #3 Brabus.
Seperti smart #1, ruang kabin smart #3 juga tampil futuristik dengan pelbagai ciri canggih termasuk papan pemuka (dashboard) berbentuk T dan juga skrin infotainmen 12.8 inci yang sama, tetapi kini hadir dengan corong pendingin hawa berbentuk bulat di bahagian tengah seperti dalam Mercedes-Benz.
Kelengkapan standard lain ialah kluster instrumen 9.2 inci, tempat duduk boleh laras automatik dengan fungsi pemanas (depan) dan kawalan pendingin hawa satu zon.
Varian Premium diberikan kelengkapan premium tambahan termasuk pakej audio premium Beats 13 speaker, papar pandu (HUD), sensor kaki untuk bukaan but belakang dan lampu ambien.
Varian Brabus tampil lebih sporty dengan tempat duduk suede mikrogentian, tali pinggang merah dan bumbung ruang dalam yang berwarna hitam sepenuhnya. Sterengnya diberikan balutan Alcantara dengan logo Brabus dan pedal aluminium. Selain itu, pada penyandar kepala untuk kedua-dua barisan tempat duduk terdapat logo ‘B’.

smart #3 tampil dengan pelbagai ciri keselamatan penting.
HARGA & WARANTI SMART #3

Smart #3 ditawarkan pada harga bermula daripada RM175,000 untuk varian asas, Pro, RM215,000 untuk Premium dan RM255,000 untuk Brabus, harga yang ditanyakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Untuk perbandingan, smart #1 dipasarkan pada harga RM169,000 (Pro), RM209,000 (Premium) dan RM249,000 (Brabus).

Pilihan warna yang ditawarkan.
Pembelian adalah termasuk jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 200,000 km, jaminan komponen EV 8 tahun atau 150,000 km, sebagai tambahan kepada jaminan asas kenderaan, 4 tahun tanpa had perbatuan dan jaminan alat ganti selama 2 tahun tanpa had perbatuan. Selain itu, smart turut menyediakan bantuan servis tepi jalan 24/7.
Sehingga 31 Julai ini, pembeli juga akan mendapat pakej berikut:
- Pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2 tahun
- Kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2 tahun
- Pakej Aksesori Percuma dengan 6 barangan bernilai RM2,500
- 5 tahun Data Internet 60 GB secara percuma
Baca: [PANDU UJI] Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Beli smart #1 Brabus
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.
PRO-NET menyerahkan beberapa kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semalam.
27-08-2025
Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina
Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.
24-01-2025
Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk
smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.
13-11-2024
smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"
Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.
20-09-2024
Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan
smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.
04-09-2024
[PANDU UJI] 9 Sebab Mengapa smart #3 Brabus EV Sporty Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Ini pandangan jujur kami mengenai smart #3.
12-08-2024
Program smartCo Khas untuk Pemilik EV smart Diperkenalkan – Tawaran Eksklusif, Peluang Perniagaan
smart Malaysia (PRO-NET) memperkenalkan inisiatif terbarunya, smartCo. Apa itu smartCo?
12-07-2024
smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Harga Marhaen
smart Malaysia memperkenalkan smart #3 SUV Coupe pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor.
21-05-2024
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat