- Berita
- Berita Auto
- Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide
Semasa acara ‘The Quail, A Motorsports Gathering’ di Monterey, California, Amerika Syarikat baru-baru ini, Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.
Menjadi perhatian orang ramai ketika hari acara tersebut ialah kehadiran Chiron Super Sport dan juga kereta litar Bolide.
![]()
Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann berkata, "Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar Bugatti, oleh itu penting untuk kami memperkenalkan kedua-dua model kereta sport hiper ini kepada peminat dan pengumpul secara langsung."
Semasa acara ini diadakan, Bugatti mengumumkan bahawa Bolide bakal dikeluarkan dalam bilangan yang terhad.

Kereta yang berharga 4 juta euro ini hanya ditawarkan sebanyak 40 unit sahaja dan penghantarannya dijadualkan akan bermula pada tahun 2024.

Enjin yang digunakan dalam cesi Bolide yang berkeberatan 1,450 kg ini ialah enjin W16 8.0L quad-turbo yang boleh menghamburkan kuasa kuda mencecah 1,580 hp, kurang sebanyak 245 hp daripada konsep asal kereta.

Selain Bolide, Bugatti turut mendedahkan model baharu lain iaitu Chiron Super Sport bagi pasaran Amerika buat pertama kalinya, model ini dikatakan bakal dihantar kepada pembeli pada awal tahun 2022.
Chiron Super Sport hanya dihasilkan sebanyak 30 unit dengan harga 3.2 juta euro.

Model ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,600 hp dengan menggunakan enjin W16 8L quad-turbo. Kuasa maksimumnya ialah 480 km/j dan mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 2.3 saat.

Winkelmann menyimpulkan, "Kedua-dua kenderaan ini mewakili apa yang terbaik daripada jenama Bugatti, daripada kebolehan prestasi dan inovasi teknologi hinggalah kepada kemewahan dan keselesaan tertinggi kepada pelanggan."

Secara keseluruhannya, semasa acara The Quail, Bugatti telah mempertontonkan beberapa model kenderaan iaitu Chiron Sport, Super Sport, Pur Sport dan Bolide.



Sementara itu, 'keluarga' lengkap Super Sport ini seperti Veyron Super Sport, EB110 Super Sport dan Type 55 Super Sport telah menyertai barisan kereta semasa acara ‘Le Domaine Bugatti’ yang diadakan di The Lodge, Pebble Beach, California.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure
Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.
03-02-2022
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.
21-01-2022
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.
07-01-2022
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama
Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'
03-01-2022
Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini
Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.
03-11-2021
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula
Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.
01-11-2021
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu
Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.
22-10-2021
Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!
Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.
30-06-2021
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
