Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Bagi memperkenalkan Bugatti Chiron Super Sport, ia menelusuri dua laluan terus sejauh 5.84 kilometer pada kelajuannya sendiri di Litar Paul Ricard yang menawarkan permukaan litar yang cukup sempurna.
Di sana, terdapat sekumpulan wartawan buat pertama kali berpeluang untuk merasai sendiri prestasi jentera mewah itu dengan melakukan pandu uji beberapa model Bugatti.

Malah, pasukan media dikatakan turut diberi peluang untuk memandu uji dan melakukan perbandingan kereta Chiron Pur Sport yang paling laju di dunia.
Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann berkata, “Bagi merasai sendiri prestasi Chiron Super Sports terbaharu dalam semua aspek, anda sebenarnya perlu memandu kereta hyper sport ini.
“Oleh itu, saya berbesar hati kerana dapat menawarkan pasukan media melakukan pandu uji di Litar Paul Ricard. Chiron Super Sport mempunyai prestasi yang luar biasa dan mempunyai personaliti tersendiri dalam keluarga Chiron.
“Ia amat mengujakan untuk mendengar maklum balas mereka dan melihat reaksi mereka, ia benar-benar positif,” katanya.

Ketika acara eksklusif itu, bekas lumba kereta dan pemandu pandu uji Bugatti turut terlibat dalam membimbing semua peserta yang berada di litar lumba berkenaan.
Beliau menerangkan maklumat terperinci mengenai jentera mewah itu.

Untuk rekod, ia menjana kelajuan tertinggi terhad secara elektronik iaitu 440 kilometer sejam (km/j) menyebabkan Chiron Super Sport merupakan kenderaan pengeluaran Bugatti terpantas di dunia.
Chiron menghasilkan 1,578 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0-200 km/j hanya dalam 5.8 saat manakala, 300km/j dalam 12.1 saat.

Secara ringkasnya, Bugatti mereka bentuk kenderaan baharu dengan ciri aerodinamik yang dipertingkatkan kerana walaupun pada kelajuan tertinggi, Chiron Super Sport mampu melakukan daya turun dengan seretan yang berkemungkinan sedikit.
Dari spillter hadapan hingga diffuser belakang, jurutera kenderaan ini dilihat membina setiap sentimeter kereta tersebut untuk kelajuan tinggi.
Perincian jentera ini dapat dilihat banyak dibawa terus ke bahagian belakang terutamanya bahagian ekor yang dipanjangkan 25 yang untuk menghasilkan estetika yang tersendiri.

Secara jelasnya, Chiron Super Sport baharu ini direka untuk mengoptimakan keberkesanan aerodinamiknya.
“Ia adalah sesuatu yang hebat untuk melihat kedua-dua model ini dapat menyakinkan pelanggan. Mereka dapat merasai perbezaannya dan pada masa sama, dapat melihat keupayaan pemanduan yang luar biasa,” kata Pengarah Jualan dan Operasi Bugatti, Hendrik Malinowski.

Chiron Super Sport dikhabarkan masih dalam fasa pembangunan sebelum pengeluaran di Molsheim, Perancis dimulakan.
Daripada 500 kenderaan keluarga Chiron yang dihasilkan, sebanyak 450 unit kenderaan itu telah habis dijual. Ini bermakna hanya tinggal 50 unit stok untuk ditempah.

Penghantaran Chiron Super Sport yang baharu ini akan dibuat pada awal tahun 2020. Ia akan dijual pada harga 3.2 juta euro (RM 15,494,504).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure
Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.
03-02-2022
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.
21-01-2022
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.
07-01-2022
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama
Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'
03-01-2022
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula
Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.
01-11-2021
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu
Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.
22-10-2021
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide
Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.
08-09-2021
Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!
Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.
30-06-2021
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
