Kenapa Petronas Tukar Kepada Diesel Euro 5?
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mendedahkan bahawa minyak diesel di kesemua stesen PETRONAS di seluruh negara kini hanyalah daripada gred Euro 5.
Dinamakan sebagai PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, minyak diesel ini ditawarkan dalam tiga campuran biodiesel berbeza iaitu B7, melalui nozel berwarna biru, dan B10 serta B20 melalui nozel berwarna hitam.
-full.jpg)
Minyak diesel terbaharu ini mematuhi piawaian Euro 5 dengan kandungan sulfur 50 kali lebih rendah daripada sebelum ini. Ini semestinya memberikan impak yang positif kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan emisi karbon dengan signifikan, seiring dengan agenda kelestarian kerajaan dan PETRONAS.
“Kami berbesar hati kerana telah berjaya mewujudkan rangkaian terbesar dan paling mudah diakses untuk diesel Euro 5 di Malaysia. Ketiga-tiga campuran biodiesel PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memastikan semua pengguna kenderaan mempunyai akses kepada pilihan bahan api yang lebih bersih, yang bukan sahaja lebih baik untuk kenderaan mereka, tetapi juga menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah," ujar Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.
Tambahnya lagi, “Selain daripada mematuhi piawaian Euro 5 yang dimandatkan oleh Kerajaan, formulasi unik kami memberikan pemanduan lebih kuasa untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih jauh di jalan raya. Ini adalah sebahagian daripada janji PDB untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan kita lebih mudah dan bermanfaat."

PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive dikatakan dapat memberi banyak manfaat kepada kenderaan yang menggunakan diesel. Inovasi terbaharu ini dapat membuatkan enjin tahan lebih lama dengan pembakaran yang lebih baik, meningkatkan prestasi enjin, menjimatkan, mengurangkan gegaran dan dapat memastikan perjalanan lebih lancar.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari dynamicdiesel.my
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat