Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar dari lima universiti terkemuka Malaysia telah berlangsung semalam.


Acara anjuran PETRONAS Lubricants International itu telah diadakan di Pusat Kepimpinan PETRONAS (Kampus Baharu) di Bangi menyaksikan lebih 200 orang pelajar dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Teknologi MARA, Taylor’s University dan Sunway University memenuhi Dewan 360 di pusat ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Lubricants International, Hezlinn Fariss Idris berkata, “Dalam dunia hari ini yang sentiasa berubah, keperluan untuk menyesuaikan diri dan kekal berdaya tahan bukan sahaja menjadi kelebihan malah merupakan satu keperluan.
“Di PETRONAS Lubricants International, kami menyedari keperluan bagi mahasiswa untuk mendengar sendiri daripada mereka yang telah menunjukkan keazaman, keberanian dan kecekalan untuk mengatasi cabaran dan mencapai prestasi walaupun dalam tekanan. Kami sangat berbesar hati kerana hari ini, para mahasiswa dapat mendengar secara eksklusif tentang kehidupan dan pengalaman George Russell untuk memberi inspirasi, memotivasikan dan menggalakkan mereka supaya terus mengejar impian.”
Sewaktu sesi perkongsian, George Russell bukan hanya berkongsi kisah perjalanan awalnya dalam dunia perlumbaan sebagai pelumba go-kart, tetapi juga cabaran dan tekanan yang pernah dilalui.


Pelumba F1 itu berkata, “Mengejar apa yang dicita-citakan memerlukan keberanian dan ketahanan. Namun, anda perlu sentiasa ingat apa yang anda inginkan dan kekal berusaha untuk mencapainya. Kita juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

"Sikap ini bukan sahaja perlu diamalkan di litar di mana keadaan perlumbaan boleh berubah dengan pantas, malah perlu diterapkan dalam kehidupan kita. Saya amat teruja dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran yang telah saya peroleh, dan berharap mereka mendapat inspirasi dalam mengejar cita-cita mereka,” tambahnya.

Acara tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants International untuk memberi inspirasi kepada bakal pemimpin generasi akan datang dengan pandangan serta pengalaman dunia sebenar bermatlamat untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan.
'Success on the Fast Lane’ merupakan lanjutan kepada siri program yang dimulakan oleh PETRONAS Lubricants International pada tahun 2021 yang bertajuk ‘Shaping Industry-ready Graduates’. Penganjuran program ini dilihat penting untuk bagi para pelajar Malaysia yang telah menempuhi pandemik dan menghabiskan masa lebih setahun belajar secara maya. Program ini membawakan para profesional terkemuka dalam bidang automotif dengan pengalaman yang relevan untuk melengkapkan para pekerja profesional generasi akan datang dengan gambaran sebenar industri tersebut.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN1917
SELANGOR
BST3325
JOHOR
JD3385J
PULAU PINANG
PSF1846
PERAK
APL1193
PAHANG
CFH5745
KEDAH
KGH7647
NEGERI SEMBILAN
NEL6164
KOTA KINABALU
SJT7821
KUCHING
QAB4746P
Terakhir Kemas Kini 28 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil
PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.
03-02-2026
Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas
PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).
01-04-2025
PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights
Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.
01-04-2025
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya
Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.
04-11-2024
Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini
Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.
06-03-2024
Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS
PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).
02-02-2024
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan
Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...
29-12-2023
Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang
Pengecas pantas DC 180kWj (90kWj x 2) Petronas R&R Gambang Arah Timur kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.
10-03-2023
Berita Terkini
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82
Minyak tanpa subsidi cuma naik 5 sen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
