[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover

Menurut laporan TheEdgeMarkets, Jaguar Land Rover (JLR) berhasrat untuk meneroka idea bagi menubuhkan operasi pemasangan tempatan (CKD) di negara ini melalui INOKOM Corp Sdn Bhd (Inokom).
Anak syarikat Sime Darby itu, Inokom dikatakan sedang dalam perbincangan dengan JLR untuk menjalankan pemasangan tempatan beberapa model terpilih jenama itu.

Sekiranya operasi CKD JLR diberi lampu hijau, ini menandakan anjakan paradigma untuk JLR dalam ruang pasaran tempatan dan serantau.
Bagi semua model Jaguar Land Rover yang dijual di Malaysia merupakan unit import sepenuhnya (CBU).
Yang terbaharu ialah SUV mewah Range Rover L460 yang dilancarkan pada bulan lepas, dan diikuti dengan Jaguar I-Pace yang diperkenalkan pada awal minggu ini.

“Sime Darby Motors adalah rakan niaga pilihan bagi sebahagian jenama utama dunia dan memberikan akses terhadap pelanggan kami kepada rangkaian produk dan servis bertaraf global.
“Untuk itu, kami sentiasa mencari rakan niaga baru untuk mempertingkatkan penawaran. Kami juga sedang ingin memperkukuh hubungan dengan rakan sedia ada,” jelas Sime Darby Motors dalam satu kenyataan bertulis kepada The Edge Markets.


Biarpun, Sime Darby Bhd tidak mengesahkan atau menafikan apa-apa, sebaliknya tiga sumber dalaman berasingan yang dipetik oleh portal perniagaan tempatan ini menunjukkan bahawa rundingan itu sudah pun berada di peringkat akhir.
Dalam erti kata lain, kita hanya perlu menunggu masa sama ada JLR akan melakukan melakukan pemasangan tempat di Malaysia melalui Inokom atau tidak.
Sime Darby juga mengawal lebih daripada 51% dalam Inokom dimana 51% pegangan dilakukan melalui anak syarikatnya Sime Darby Motors.


Selebih pemegang saham dalam Inokom ialah Bermaz Auto (29%), Hyundai Motor Company (15%) dan Sime Darby Hyundai (5%).


Dari segi produk jenama, Inokom kini memasang BMW, MINI, Mazda, serta kedua-dua model Hyundai dan Kia di kilangnya yang terletak di Kulim, Kedah.
Malah, model Porsche Cayenne yang dipasang di kilang pengeluaran Inokom Corporation di Kulim, Kedah adalah model pemasangan tempatan (CKD) untuk Porsche yang pertama di luar Eropah.



Berdasarkan laporan TheEdgeMarkets Inokom dikatakan bakal menjadi rakan kongsi Chery untuk CKD.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover
PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.
06-08-2025
Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih
Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.
29-05-2025
Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.
15-04-2025
Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
10-10-2024
Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?
Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover.
18-12-2023
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
