Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
Perkara itu disahkan Kumpulan Tata dalam satu kenyataan rasmi.
"Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami mengumumkan Ratan yang dikasihi telah meninggal dunia,” menurut kenyatan keluarganya.
Mendiang Tata, antara pemimpin perniagaan India yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berkhidmat sebagai pengerusi Kumpulan Tata dari 1991 hingga 2012.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Tata Motors cukup terkenal di sebalik ciptaan kereta mikro Tata Nano yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Kereta ini direka untuk mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah sehingga dianggap sebagai kereta termurah di dunia.
Di bawah kepimpinannya, Tata Group menceburi sektor baharu dan membuat pemerolehan berprofil tinggi termasuk jenama kereta mewah British, Jaguar dan Land Rover pada 2008.
Beliau menyelamatkan sedaya upaya jenama Jaguar Land Rover sehingga berjaya menstabilkan dan membawanya kembali.
Antara model JLR yang dibangunkan dan dilancarkan di bawah kepimpinannya adalah Range Rover Evoque, Land Rover Discovery Sport dan tidak lupa juga beberapa model Jaguar baharu yang dijual dalam dekad lalu seperti F-Pace, I-Pace, serta F-Type.


Ketua Pegawai Eksekutif Google kelahiran India, Sundar Pichai, memuji Tata kerana meninggalkan 'legasi perniagaan dan kerja amal yang luar biasa', sambil menambah bahawa tokoh perniagaan itu 'amat prihatin dalam memperbaiki India'.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing
Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.
24-02-2026
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover
PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.
06-08-2025
Ini Dia SUV Elektrik Premium Tata Motors, Avinya X, Elegan Habis
Tata Motors India sudah bersedia untuk memasuki pasaran automotif premium apabila syarikat itu memperkenalkan konsep crossover elektrik baharunya.
21-01-2025
EV Harga Myvi! EV Tiago Dijual Dari RM48K! Ini Spesifikasinya...
Tata Motors telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) baharu pada harga marhaen, EV Tiago.
04-10-2022
CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover
PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.
06-08-2025
Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih
Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.
29-05-2025
Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.
15-04-2025
Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?
Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover.
18-12-2023
Berita Terkini
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
