Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Seorang jurutera warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan anak kandungnya kepada risiko kecederaan fizikal selepas tular tindakan melampau meninggalkan mangsa berusia 12 tahun di susur keluar Plaza Tol Nilai, minggu lalu.
Kronologi Kes Jurutera Tinggalkan Anak Di Tol Nilai
Jiao Bo, 45, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Datin M Kunasundary selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada jam 1.21 tengah hari di lokasi kejadian.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Tular
Sebelum ini, kes berkenaan tular selepas seorang lelaki warga China ditahan polis susulan tindakan meninggalkan anaknya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, punca kejadian berpunca daripada pertengkaran dua beradik di dalam kereta yang menyebabkan bapa mereka berang lalu bertindak meninggalkan salah seorang daripada mereka sebagai pengajaran.
Rayuan Jaminan Dan Syarat Mahkamah
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khairiah Abdul Razak, terdahulu tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan ia kes serius, manakala mangsa kini berada di bawah jagaan ibunya.
Bagaimanapun, peguam bela Shahmi Iffah Mohd Arshad memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan sudah menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Mahkamah akhirnya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin warga tempatan.
Antara syarat tambahan yang dikenakan termasuklah menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mendekati atau mengganggu mangsa. Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember ini bagi menunggu laporan forensik..
Sumber Harian Metro
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
