Kereta Ikonik Itu Dipamerkan Di Tengah Kota London Baru-Baru Ini
Aston Martin melancarkan kempen “No Time To Die” berikutan tayangan filem James Bond yang ke-25 tahun itu dengan menampilkan Aston Martin DB5 di dalam sebuah kotak mainan bersaiz besar.
![]()
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin Lagonda, Marek Reichman berkata, pihaknya berbesar hati dengan meraikan kempen “No Time To Die” dengan mempamerkan jentera ini.
Aston Martin dengan James Bond mempunyai hubungan yang cukup erat sejak beberapa dekad lalu dan DB5 merupakan kereta paling terkenal sepanjang hubungan kedua-dua pihak ini sejak 50 tahun lalu.
Bekerjasama dengan Produksi EON dan Penyelarasan Kesan Khas Visual filem, Chris Corbould, pihaknya dikatakan akan menghasilkan sekurang-kurangnya 25 jentera DB5 yang merupakan satu projek unik.
"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan Corgi, satu lagi pengeluar kereta ikonik berjenama Britain dan menyaksikan kereta James Bond duduk di dalam kotak mainan bersaiz besar di tengah-tengah London. Ia adalah sesuatu yang cukup hebat.” katanya.

Di sebalik mengembalikan semula Aston Martin DB5 yang ikonik ke layar, Aston Martin dan Corgi mengambil inisiatif dengan mempamerkan satu replika sebenar model DB5 Corgi keluaran tahun 1965.
Model saiz sebenar yang berukuran 5,660mm (panjang), 2,700mm tinggi dan sedalam 2,700 mm itu merupakan hasil reka bentuk Corgi yang asal.
Kotak itu dilihat menempatkan Aston Martin DB5 Goldfinger Continuation.

Lebih menarik, ia dilengkapi dengan pelbagai gajet yang sudah pastinya akan dikenali peminat filem James Bond.
Antaranya seperti nombor pendaftaran, pelindung belakang kalis peluru, pelindung hadapan yang bersaiz besar.

Kotak itu akan dipamerkan di Stesen Battersea Power di London bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan replika berkenaan sehingga Jumaat lalu.
Seperti dikatakan tadi bahawa Aston Martin DB5 Goldfinger Continuation hanya akan dihasilkan sebanyak 25 unit. Ia dihasilkan semula sejak kali terakhir dikeluarkan 55 tahun lalu di pangkalan pembuatan kereta yang terletak di Buckinghamhire.

Kesemua kereta DB5 yang dihasilkan semula boleh dilihat di layar skrin gergasi dan ia cuma menawarkan satu warna iaitu Silver Birch dimana ia merupakan warna asal DB5.
Biarpun, pengeluaran semula yang baharu ini memerlukan beberapa pengubahsuaian namun ia sebenarnya bertujuan untuk memastikan kualiti dan kebolehpercayaan pada tahap yang tertinggi.

Bagi Corgi, pemodelan semula jentera ini adalah yang asal dan antara pengeluaran paling terkenal Aston Martin DB5 dimana pertama kali ia dikeluarkan pada tahun 1965.
Ia turut meraih gelaran Toy of the Year dan Best Boys Toys pada Anugerah Persatuan Peruncit Mainan.

Ia yang pada mulanya, berharga £10 (RM56) hingga £50 (RM282) itu menjadi semakin popular sehingga ia berjaya dijual lebih 20 juta unit di seluruh dunia.
Malah, ia masih dihasilkan sehingga ke hari ini.

Filem James Bond dikatakan akan menampilkan empat model berlainan buat pertama kali. Antaranya, DBF, Aston Martin V8, GT Aston Martin DBS dan Aston Martin Valhalla.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat