Kereta Polis Jenis BMW M3 Competition Tular di Facebook!
Pelbagai tanggapan dibuat selepas beberapa gambar menunjukkan kereta polis jenis BMW M3 Competition, BMW X3 dan dua unit Volkswagen Tiguan mula tular di media sosial sejak pagi tadi.

Netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia bakal menggunakan BMW itu sebagai kenderaan pengiring bagi kegunaan istana.
Ini kerana terdapat kod “CPP 01” yang merujuk kepada Cawangan Pengawal Pengiring.

Malah, tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa jentera itu sebenarnya adalah kereta prop bagi kegunaan penggambaran filem.
Sebaliknya, laporan berita automotif tempatan menyifatkan jentera itu berkemungkinan akan muncul dalam filem Polis Evo 3 atau The Catcher.
Ada ura-ura mengatakan bahawa peluang untuk ia untuk membintangi The Catcher adalah lebih tinggi kerana filem tersebut membabitkan kos penghasilan filem paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
Filem itu dikatakan bakal memaparkan gaya hidup dan juga budaya ubahsuai kereta di Malaysia yang telah menelan belanja lebih RM50 juta. Ia juga bakal memecahkan rekod dunia kerana bakal menampilkan 500 buah "supercar" dalam filem ini.
Namun sejauh mana kebenaran di sebalik kenyataan itu masih belum disahkan oleh mana-mana pihak, baik BMW mahupun PDRM sendiri.
![]()
Sebaliknya, usaha Caricarz untuk mendapatkan pengesahan dari Kumpulan BMW Malaysia juga gagal.
Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai spesifikasi jentera ini.

Untuk makluman anda, BMW M3 Competition dikuasakan oleh enjin petrol 3.0 liter BMW M TwinPower Turbo enam silinder sebaris yang mampu menjana 510 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas.
Enjin ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic. Menerusi spesifikasi ini, malah 'King of The Road' - Myvi juga tidak mampu mengalahkan jentera ini.
Begitupun, jika benar ia digunakan untuk filem penggambaran, maka ia bukannya aset PDRM ya!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Acara Pecah Tanah Hab Flagship Pengecas EV Di Jalan Kuching
Millenium Welt dan Gentari Malaysia bakal membuka hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang pertama di Jalan Kuching.
13-12-2023
BMW iX XDrive50 Sport 2023, 523hp, 765 Nm, Harga Lebih RM500K
Sebaik melangkah masuk tahun 2023, BMW Malaysia mengumumkan ketibaan BMW iX xDrive50 Sport ke pasaran tempatan baru-baru ini.
03-01-2023
BMW Malaysia Anjur Acara Kemampanan & Kenderaan Masa Depan
BMW Malaysia anjur acara kemampanan & kenderaan masa depan.
16-01-2022
Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir
Industri automotif tidak melepaskan peluang dengan menawarkan pelbagai diskaun untuk meringankan beban para pelanggannya yang terjejas akibat banjir.
22-12-2021
Program Itu Diadakan Bersama Ape Malaysia
Sebanyak 735 pokok ditanam di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sabah.
15-12-2021
BMW Group Malaysia Menawarkan Tawaran&Promosi Istimewa Sempena Sambutan Hari Malaysia
BMW Group Malaysia menawarkan pelbagai kempen Istimewa di pusat pengedar BMW sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-58.
15-09-2021
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat