Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Bagi mengembangkan portfolio kenderaannya, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bekerjasama dengan Jiangliang Motors Co., Ltd (JMC) bersedia melancarkan trak pikap JMC Vigus Pro 4x4.

“Kami berbesar hati mengumumkan selepas 12 bulan bekerja keras, Angka-Tan Motor dengan kerjasama Jiangling Motors Co Ltd kini bersedia memperkenalkan pesaing dalam segmen trak pikap.
"Trak pikap JMC Vigus Pro 4x4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap seluruh Malaysia.,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng.
![]()
Dipilih sebagai pengedar rasmi, JMC memberikan hak kepada ATM untuk membuat, mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4x4, termasuk alat ganti dan komponen model itu di Malaysia.
“Sebagai pengeluar dan pengeksport kenderaan komersial ringan utama di China, kami teruja untuk menawarkan trak pikap versatil yang dilengkapi teknologi terkini kepada pengguna di Malaysia.
"JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China sejak beberapa tahun lalu.
"Kami ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Angka-Tan Motor sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4 dan kami sangat menghargai sokongan Warisan TC dalam menjadikan kerjasama ini sebagai satu realiti,” kata Presiden Jiangling Motors Co., Ltd., Xiong Chunying.
ATM berhasrat untuk menawarkan JMC Vigus Pro 4x4 di 13 cawangan jualan dan servis seluruh negara.

Harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro 4x4 akan didedahkan pada bulan ini.
Bagaimanapun, beberapa spesifikasi penting mengenai JMC Vigus Pro 4x4 telah didedahkan terutamanya dari segi prestasinya.
Di bawah hud, ia dijana dengan enjin 4-silinder turbo diesel 2.0L TDI bersama teknologi injap variabel VGT sekali gus mampu menghasilkan 139 kuasa kuda @ 3,600rpm dan tork 340Nm @1,500-2,600rpm.
Malah, ia dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF bersama mod manual, manakala dalam konfigurasi pacuan empat roda, 4WD BorgWarner pula digandingkan dengan mod 2H, 4H dan 4L.
Untuk makluman, ia juga dilengkapi dengan Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) yang dibekalkan Eaton.
Selain itu, ia turut menawarkan penjimatan bahan api, 7.8 liter pada setiap 100km.
Bagi pelanggan yang berminat, anda boleh melihat trak pikap ini di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.jmcmalaysia.com dan ikuti perkembangan JMC Malaysia di https://www.facebook.com/jmcmalaysiaofficial.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar
Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial
10-05-2024
Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!
Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.
13-10-2021
Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar
Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial
10-05-2024
TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru
TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.
23-03-2022
Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!
Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.
13-10-2021
Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban
Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.
02-10-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

