ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial ringan di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 semalam.

Foton eAumark ialah trak ringan elektrik pertama yang ditawarkan secara rasminya di Malaysia. 

Dengan pelancaran Foton eAumark, ia mencerminkan kesungguhan pihak syarikat ini untuk mengurangkan jejak karbon kenderaan komersial ringan.

image.png

Jentera ini dikuasakan dengan unit motor elektrik segerak magnet kekal, dimana ia  mampu menghasilkan output 115kW dan tork lebih 900Nm. 

Dengan pek bateri ferem fosfat 81.14kWh dari pembekal bateri EV terkemuka CATL, eAumark boleh dipandu sejauh 200km mengikut kitaran WLTP.

Headlight.jpgInterior.jpg

Menjengah luarannya, ia lengkapi dengan lampu depan LED serta sistem ADAS untuk memastikan keselamatan berada pada tahap maksimum sepanjang masa. 

image.pngimage.png

Ruang kabinnya agak luas dengan ukuran lebar 1,880mm sekali gus memberikan untuk keselesaan optimum. 

Ciri lain termasuk stereng kuasa elektronik (EPS), pemilihan gear jenis tombol dan kluster instrumen LCD yang memaparkan semua maklumat penting termasuk status kuasa bateri dan jarak untuk memastikan kokpit mesra pemandu. 

Malah ia turut dilengkapi sistem penyaman udara cekap tenaga untuk menambah baik kualiti sifat mampan trenkuasa elektrik penuh.

Difahamkan, setiap eAumark yang dijual disertakan kotak pengecas kotak dinding 22kW AC percuma untuk membolehkan trak sentiasa berada dalam keadaan cas penuh jika tidak digunakan. 

02-(1).jpg

Selain alat pengecas AC, pemilik bolehnmenggunakan kemudahan stesen pengecas pantas (DC) yang ada di seluruh negara. 

eAumark boleh dicas penuh dari 20% keadaan cas (SoC) dalam tempoh sejam, menggunakan alat pengecas DC.

Dilancarkan bersama Foton eAumark ialah 2024 Foton Aumark S Euro 4. Foton Aumark S Euro 4 ditawarkan dengan pilihan empat dan enam roda. 

Euro4-Aumark-S_A4-landscape-01.jpg

Aumark S BJ1065 Euro 4 4-roda boleh ditetapkan jarak roda 2,800mm atau 3,360mm dan dikuasakan enjin Cummins ISF 2.8-liter dengan kotak gear ZF manual lima kelajuan. 

Sementara itu, Aumark S BJ 1088 Euro 4 6-roda dilengkapi enjin lebih besar 3.8-liter dan kotak gear ZF enam kelajuan.

Kedua-dua trenkuasa sudah dinaik taraf untuk memenuhi piawaian Euro 4 dan keperluan biodiesel B20 bagi menambah baik kecekapan operasi.

Malah, Foton Aumark sudah menjalani ujian sejauh 1.6 juta kilometer dunia sebenar dengan mengharungi pelbagai permukaan jalan, cuaca serta ketinggian. Foton Aumark menguatkan reputasinya sebagai trak boleh dipercayai dan popular dunia, dengan lebih 4 juta unit dihasilkan dan dijual sejak 2003.

JMC VIGUS PRO

04-(1).jpg

Turut menyertai pelancaran Foton eAumark dan Aumark S Euro 4 ialah sebuah trak pikap ringan jenama JMC yang turut diedarkan oleh ATM. 

2024 JMC Vigus Pro White Series 4x2 Euro 4 ialah varian terbaharu dalam rangkaian produk JMC Vigus Pro di Malaysia. 

Ia adalah model paling mampu milik dalam rangkaian produk selain JMC Vigus Pro White Series 4x4 dan model perdana JMC Vigus Pro Premium Series 4x4. 

JMC-Vigus-Pro-4.jpg

Daripada tiga varian ini, Vigus Pro White Series 4x2 baharu ialah varian tunggal yang menggunakan Sistem Pacuan 4x2, menjadikannya trak bandar paling sesuai untuk PKS serta syarikat pemula.

JMC-Vigus-Pro-White-Series.jpg

Seperti semua varian dalam katalog JMC Vigus Pro, White Series 4x2 juga dikuasakan enjin diesel ikonik 2.0-liter Puma 4-silinder dengan pengecas turbo. 

Transmisi automatik digunakan ZF lapan kelajuan dengan pemilih gear elektronik dan paddle shifter yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan menarik. 

Vigus Pro White Series 4x2 Euro 4 dilengkapi kemudahan moden seperti skrin infotainmen sesentuh 8-inci dan pengelap cermin dengan sensor hujan selain memainkan tugas cemerlang sebagai trak serbaguna dengan kemampuan membawa muatan 950kg di atas katil kargo.

Foton eAumark BJ1045EVJAR3 elektrik penuh ditawarkan pada harga pengenalan RM238,000.

JMC-Vigus-Pro-1-(1).jpg

Setiap trak eAumark didatangkan dengan jaminan pengilang termasuk kabin dan casis sehingga tiga tahun atau 100,000km, yang mana tiba dulu. 

Sebagai tambahan, unit motor, bateri 81.14kWh dan alat pengawal dilindungi jaminan lima tahun dengan had perbatuan sehingga 200,000km.

Harga Foton Aumark S BJ1065 Euro 4 4-Wheeler bermula dari RM98,400. Foton Aumark S BJ1088 Euro 4 6-Wheeler dijual pada harga kompetitif bermula dari RM115,300. Semua trak Foton Aumark S disokong jaminan mendahului industri iaitu 6-tahun/300,000km

Sementara itu, JMC Vigus Pro White Series 4x2 ditawarkan pada harga RM89,999 di Semenanjung  Malaysia dan RM91,999 di Sabah dan Sarawak. Sama seperti model White Series 4x4, ia juga dilindungi jaminan tiga tahun/100,000km.

Bagi yang berminat, Foton eAumark, Foton Aumark S Euro 4 dan JMC Vigus Pro White Series 4x2 akan dipamerkan di Booth M14 di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 bertempat di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sehingga esok.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7425

SELANGOR

BST4359

JOHOR

JD5680J

PULAU PINANG

PSF3086

PERAK

APL2341

PAHANG

CFH6187

KEDAH

KGH8563

NEGERI SEMBILAN

NEL6817

KOTA KINABALU

SJT8784

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.

05-10-2021
Kereta Baru
Trak Pikap JMC Vigus Pro White Series Rasmi Dilancarkan – Harga RM99,888

Trak Pikap JMC Vigus Pro White Series Rasmi Dilancarkan – Harga RM99,888

Angka-Tan Motor (ATM) hari ini telah melancarkan JMC Vigus Pro All-Essential White Series. Ini spesifikasinya...

10-08-2023
Berita Auto
TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru

TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru

TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.

23-03-2022
Kereta Baru
Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!

Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!

Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.

13-10-2021
Kereta Baru
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.

05-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.