Trak Pikap JMC Vigus Pro White Series Rasmi Dilancarkan – Harga RM99,888

Angka-Tan Motor (ATM) hari ini telah melancarkan JMC Vigus Pro All-Essential White Series, sebuah trak pikap 4x4 automatik pada harga berpatutan yang hadir dengan pelbagai ciri penting untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan. Trak ini dijual pada harga yang bermula dari RM99,888.

Dengan pelancaran White Series, trak Vigus Pro kini ditawarkan dalam dua pilihan - White Series bagi mereka yang inginkan penjimatan dan Premium Series untuk pengguna yang inginkan kelengkapan tambahan dan ciri mewah.
Ketua Pegawai Operasi Warisan TC Holdings Bhd dan Pengarah Eksekutif Angka-Tan Motor, Tan Keng Meng berkata, "Pencapaian Angka-Tan Motor sentiasa terletak pada pemahaman terhadap kehendak pelanggan dan pasaran. Setelah kejayaan pelancaran JMC Vigus Pro pada tahun 2021, kami menerima banyak maklum balas daripada komuniti perniagaan.
“Mereka memerlukan trak 4x4 yang boleh dipercayai dan berketahanan tinggi yang dijual pada harga yang berpatutan, serta serba boleh untuk membantu perniagaan mencapai prestasi yang baik - JMC Vigus Pro All-Essential White Series adalah jawapannya.”
JMC Vigus Pro White Series dikuasakan oleh enjin PUMA turbodiesel 4 silinder 2.0L dengan output 141 PS/340 Nm. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda melalui transmisi automatik 8-kelajuan ZF. Sistem transmisi yang digunakan menawarkan peralihan gear yang lancar dan penghantaran tork yang optimum, meningkatkan prestasi dan kecekapan bahan api trak dengan kadar penggunaan bahan api 7.8L/100 km.

JMC Vigus Pro White Series (kiri) & varian tertinggi Premium Series (kanan)
Vigus Pro White Series hadir dengan tempat duduk fabrik nyaman berpori. Varian lebih tinggi yang diperkenalkan sebelum ini, Premium Series, hadir dengan ciri tambahan seperti upholsteri kulit dan aksesori termasuk DVR, lapisan filem cermin dan visor pintu.




Pandangan luar JMC Vigus Pro White Series
Aksesori tambahan kini turut ditawarkan seperti penutup jendela gulung (roller shutter) dan kanopi. Semua aksesori disertakan dengan jaminan selama setahun.





Ruang kabin JMC Vigus Pro White Series
Dari segi keselamatan, trak White Series dilengkapi dengan dua beg udara, ABS dengan EBD, kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (ESP), sensor parkir hadapan dan belakang, cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, serta fungsi bantuan mula daki (HSA) dan kawalan turun bukit (HDC).
JMC Vigus Pro White Series ditawarkan dalam warna putih Arctic White dan dijual pada harga RM 99,888, termasuk jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km.
Vigus Pro dipasang secara CKD di kilang Tan Chong Motor di Serendah, Selangor. Pelanggan boleh melihat dan mencuba kenderaan ini di 30 pengedar ATM di seluruh negara, disokong oleh rangkaian 20 bengkel servis pasca jualan Tan Chong Ekpress Auto Servis.


Sempena pelancaran Vigus Pro White Series, Angka-Tan Motor mengadakan Pertandingan Pandu Uji dan Menang dengan hadiah Baucar Petrol BHP bernilai keseluruhan RM20,000. Setiap pembelian Vigus Pro memberi 10 penyertaan dalam pertandingan ini. Pemenang akan diumumkan pada suku pertama 2024.
Untuk maklumat lanjut, lawati bilik pameran atau hubungi 03-5638 6888. Anda juga boleh mengunjungi laman web JMC Malaysia di jmcmalaysia.com.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar
Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial
10-05-2024
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
