Jentera Ini Dilancarkan Di Malaysia Baru-Baru Ini
Wakil pengedar kenderaan Porsche, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mempamerkan kenderaan elektrik Cross Utiliti Sukan (CUV), Taycan Cross Turismo Di Malaysia.
Jentera baharu ini mempamerkan keselesaan dan ruang luas yang cukup mengagumkan.
![]()
Ia bercirikan teknologi inovatif 800 voltan yang menawarkan pengecasan pantas selain memiliki ruang kepala melebihi 47mm untuk tempat duduk belakang.
Selain itu, ruang kargo pula seluas 1,200 liter jika tempat duduk belakang direbahkan.

Secara standard, kesemua varian Taycan Cross Turismo didatangkan dengan pek bateri berkapasiti 93.4 kWh dan barisan model yang dipasarkan ke Malaysia dikatakan hadir dalam tiga varian sahaja.
'Taycan 4 Cross Turismo’ mampu menghamburkan kuasa 280 kW (375 kuasa kuda) manakala Kawalan Pelancar pula menghasilkan kuasa pada 350 kW (469 kuasa kuda).

Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam hanya dalam 5.1 saat manakala, kelajuan tertingginya pula 200 km/j selain mampu menempuh perjalanan sejauh 437 kilometer.
Kedua ialah Taycan 4S Cross Turismo. Ia menghasilkan kuasa 360 kW (483 kuasa kuda ) manakala, Kawalan Pelancar pula 420 kW (563 kuasa kuda).
Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.1 saat.

Kelajuan tertinggi pula 240km/j dan jarak operasinya pula sekitar 436km.
Jentera ketiga ialah Taycan Turbo Cross Turismo’. Jentera ini mampu menghamburkan kuasa setakat 460 kW (616 kuasa kuda) manakala, Kawalan Pelancarnya mampu menghasilkan kuasa 500 kW (671 kuasa kuda).

Jentera ini dikatakan mampu memecut dari 0-100km/j dalam hanya 3.3 saat dan merekodkan kelajuan tinggi sekitar 250km/j.
Lebih menarik, casis berteknologi tinggi dengan pacuan semua roda selain suspensi udara adaptif adalah ciri standard untuk semua barisan model Cross Turismo.

Dengan pakej Offroad Design opsyen, anda boleh meninggikan jarak kelegaan tanah Taycan Cross Turismo sehingga 30 mm.
Ia juga dikatakan mampu menawan laluan off-road yang mencabar terutama ketika menggunakan mod baharu "Gravel" yang dikhususkan untuk model ini.

Taycan Cross Turismo turut menerapkan ciri kenderaan off-road seperti trim pada arka roda, muka hadapan yang unik diikuti pada bahagian sisi dan belakang.
Ia juga dikatakan mendapat perlindungan daripada impak batu ketika melayan laluan off-road.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera ini. Nampaknya, harganya tidaklah semurah yang disangka.
Harga Taycan 4 Cross Turismo’ bermula dari RM 645,209, ‘Taycan 4S Cross Turismo’ (RM 728,727) dan ‘Taycan Turbo Cross Turismo’ (RM 968,928).

Untuk makluman anda, Taycan Cross Turismo boleh dilihat di Pusat Porsche di seluruh negara.
Jangan lupa buat janji temu sebelum mengunjungi pusat pengedar sah dan anda juga boleh melayari https://bit.ly/TaycanCrossTurismo_MY.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge