- Berita
- Berita Auto
- Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max.
HSDM turut mengumumkan bahawa jentera itu akan ditawarkan pada harga bermula dari RM149,888 untuk e-Lite, e-Plus (RM169,888) manakala e-Max pula berharga RM199,888.
-full.jpg)
-full.jpg)
Mengenai spesifikasinya, e-Lite dan e-Plus dilengkapi dengan bateri 39.2 kilowatt/ jam (kWh) dimana ia mampu menghamburkan kuasa 136 PS dan tork 395 Nm.
Kedua-dua varian ini dikatakan mampu melakukan jarak pemanduan sejauh 305 kilometer.-full.jpg)
-full.jpg)
Bagi kelajuan maksimum kedua-dua varian ini ialah sekitar 155km/j.
Bagi model 64 kWh pula, ia menerima motor yang lebih berkuasa dengan 204 PS dengan tork yang sama iaitu 395 Nm.
Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestasinya juga agak memberangsangkan. 
Manakan tidak, ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 7.9 saat dan kelajuan maksimumnya pula 167 km/j.
Menyentuh mengenai sistem pengecasan jentera ini, Kona Electric didatangkan dua port pengecas: Type 2 AC dan CCS2 DC.
Bagi varian e-Lite, ia memiliki pengecas 7.2 kW onboard fasa-tunggal. Pengecasan biasa dengan pengecas 7.2 kW itu dikatakan memerlukan masa 6.5 jam untuk mendapatkan bateri penuh dari 10 hingga 80 peratus (90 sel)
Varian e-Plus dan Max yang menggunakan pengecas dalaman 11 kW, tempoh pengecasannya akan menjadi 4.5 jam sahaja dan jika ia menggunakan menggunakan pengecas yang sama ini untuk bateri 64 kW, ia akan memakan masa selama 7.5 jam.-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Sementara itu, pengecasan pantas DC menggunakan pengecas 50 kW akan memerlukan masa 60 minit untuk penuh bagi model 39.2 kWh, manakala 90 minit untuk mengecas model dengan bateri 64 kWh.
Pun begitu dengan pengecas 100kWh pula, ia mengambil masa yang agak singkat iaitu sekitar 47 minit.-full.jpg)

Bagaimanapun, jika anda menggunakan (in-cable control box), ia mengambil masa 22 jam untuk mengecas versi 39.2 kWh manakala 31 jam untuk 64 kWh.
Kesemua varian didatangkan dengan lampu hadapan LED, lampu belakang LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus belakang, lampu hadapan auto dan Remort Start termasuk rim aloi 17 inci.
Ketiga-tiga varian ini hadir dengan ciri sama: balutan kulit, penghawa dingin zon tunggal, kawalan audio stereng, tiga port pengecas, kluster instrumen 10.25 inci, paparan skrin lapan inci, sistem audio enam speaker dan sambungan wayarless Apple CarPlay dan Android Auto.
Namun tahukah anda, varian e-Lite tidak didatangkan dengan sistem paparan head-up dan pengecas wayarles seperti mana yang ada pada e-Plus dan e-Max.-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Anda perlu melaraskan bahagian tempat duduk hadapan secara manual jika anda membeli varian biasa.
Bagi dua varian lebih tinggi, kerusi pemandu diberikan larasan kuasa 10-arah dan penumpang di hadapan hanya ada larasan lapan-arah.
Kesemua Kona Electric didatangkan dengan enam beg udara termasuk ESC, ABS, VSM, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki.
Ketiga-tiga varian juga dilengkapi dengan Hyundai SmartSense.




Ia hadir dengan beberapa aspek keselamatan seperti ntuan penghindaran perlanggaran titik buta (BCA — Plus dan Max sahaja) manakala bantuan penghindaran perlanggaran lintasan trafik di belakang (RCCA pula hanya terdapat pada Plus dan Max).
Varian e-Plus dan e-Max didatangkan dengan amaran keluar dengan selamat yang berfungsi untuk memberi amaran kepada penumpang tentang bahaya yang akan datang.
Varian e-Lite didatangkan dengan bantuan mengekalkan lorong (LKA), bantuan mengikut lorong (LFA), amaran pergerakan kenderaan hadapan (LVDA), bantuan lampu tinggi, amaran perhatian pemandu (DAW), amaran penumpang belakang (ROA) dan amaran keluar selamat (SEA — Plus dan Max sahaja).
Kona Electric hadir dalam sembilan pilihan warna — Ignite Red, Dark Knight, Atlas White, Dive in Jeju, Cyber Grey Metallic, Pulse Red Pearl, Galastic Grey, Surfy Blue Metallic dan Jungle Green.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Kesemua warna akan datang dengan dua tona dengan bumbung hitam yang memanjang ke bawah di sepanjang pillar A, pillar B dan pillar C.
Bahagian dalaman pula, pelanggan boleh memilih warna Oceanids Black atau Light Shale Gray.
Kesemua varian Hyundai Kona Electric didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 50,000 km dengan jaminan bateria selama lapan tahun atau 160,000 km.
Sehubungan itu, pembeli juga boleh melanjutkan ini melalui pakej tambahan pilihan – dengan harga RM10,000, anda boleh menaik taraf waranti standard kepada waranti lima tahun/100,000 km, dengan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama tiga tahun/50,000 km. Waranti bateri EV kekal tidak berubah.
Lebih menarik, pembeli juga boleh memilih pengecas AC 7 kw dengan kabel pengecas luaran (Type 2), berharga RM6,000 atau stesen pengecas AC 22 kw dengan kabel pengecas luaran (Type 2) pada harga RM7,000, tidak termasuk pemasangan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Hyundai Creta Bakal Muncul? Mungkin Betul Sebab Dah Ada Imej Teaser! Nampaknya Creta Model Baharu Untuk 2023
Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) menyiarkan beberapa imej teaser sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) namun tidak mendedahkan jenis model itu.
11-04-2023
Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!
Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise
17-09-2021
Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.
19-08-2021
Hyundai Tawar Program Penghargaan Kepada Petugas Hadapan
Menyedari usaha petugas hadapan dalam memerangi krisis Covid-19, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Penghargaan Petugas Hadapan baru-baru ini.
17-08-2021
Hyundai-Sime Darby Motors Rasmi Kona 1.6 N Line & 1.6 Turbo – Ini Ciri-Ciri Menariknya...
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model B-SUV Kona iaitu varian 1.6 N Line dan 1.6 Turbo. 1.6 N Line ditawarkan pada harga RM156,888, sementara itu, 1.6 Turbo pula pada harga RM146,888.
03-08-2021
Hyundai Perkenal Program Jaminan Lanjutan: Ini Dia Model Kereta Yang Diterima!
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Program Jaminan Lanjutan yang eksklusif untuk model tertentu.
12-07-2021
Bayaran Tempahan Diskaun RM200 Guna Platform Beli-belah Dalam Talian Hyundai!
Hyundai-Sime Darby Motors telah memperkenalkan platform beli-belah dalam talian
08-06-2021
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat