Mercedes-Benz Panggil Semula Model Keluaran Tahun 2004 Hingga 2016
Pengedar rasmi dan pengimport kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Sdn Bhd mengumumkan bahawa pihaknya telah memanggil beberapa model tertentu keluaran tahun 2004 hingga 2016 ekoran masalah beg udara Takata.

Antara 10 model yang terlibat terdiri daripada:
- W169 (A-Class)
- W203 and W204 (C-Class)
- X204 (GLK)
- C207 (E-Coupe dan Convertible)
- W212 (E-Class)
- W164 (ML dan GL-Class)
- W251 (R-Class)
- R171 (SLK)
- C197 (SLS AMG)

"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Pada pertengahan tahun 2019, kami membuat keputusan untuk melaksanakan panggilan semula di seluruh dunia bagi model Mercedes-Benz, Van dan MB Trucks yang terjejas.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan Sistem Keselamatan Joyson (organisasi yang menggantikan Takata) untuk bertukar penemuan dan pandangan terkini," kata MBM dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut, semua kereta yang dikeluarkan oleh MBM sudah tidak lagi menggunakan beg udara Takata (atau pengeluar lain) yang berasaskan ammonium nitrat sebagai propelan utama.
Begitupun, semua pemilik pemilik Mercedes-Benz yang terbabit boleh memeriksa VIN kenderaan masing-masing di laman mikro Mercedes-Benz iaitu http://mb4.me/airbagrecall atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1-800-88-1133 untuk mengesahkan sama ada kereta mereka dikenal pasti untuk program pemantauan sukarela itu.
Untuk makluman anda, penggantian beg udara baharu (jika diperlukan) itu ditawarkan secara percuma.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
