Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir
Dianggarkan lebih 50,000 kereta yang tenggelam dalam banjir di lapan negeri terutama Selangor dan Pahang sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa syarikat kereta menawarkan program untuk meringankan beban mangsa banjir.
Terbaharu, Honda Malaysia mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Syarikat itu menawarkan diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen dan ianya sah bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.
Bagi para pelanggan Honda yang membeli Honda Insurance Plus (HiP), mereka sebenarnya boleh menikmati pemeriksaan kereta secara percuma dan mendapat elaun sebanyak RM1,500 termasuk perkhidmatan tunda percuma ke pusat pengedar sah Honda yang berhampiran.
Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi pelanggan yang terjejas.
Selain Honda, Mitusbishi Motors Malaysia (MMM) juga tidak ketinggalan dalam membantu mangsa banjir apabila syarikat berkenaan turut menawarkan diskaun 30 peratus ke ke atas alat ganti tulen Mitsubishi.
MMM turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk kos buruh. Kedua-dua tawaran ini sah bermula dari sekarang sehingga 20 Januari 2022.
-Flood-Relief-Program-full.jpg)
Selain itu, syarikat juga menawarkan servis trak tunda secara percuma.
Apa yang lebih menarik, para pemilik yang menguruskan sendiri khidmat tunda tanpa melalui MA24 dan perlindungan insurans juga boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM300.
Tetapi dengan satu syarat iaitu para pelanggan perlu membuat laporan polis, dan menunda kenderaan yang terjejas ke pusat servis Mitsubishi Motors yang berdekatan.
Untuk makluman anda, MMM turut menyediakan bantuan banjir kepada para pemilik Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Turut tampil menawarkan sokongan kepada pelanggan terjejas ialahEdaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).
Syarikat berkenaan turut mengumumkan program Sokongan Bantuan Banjir khas untuk para pelanggan yang terjejas akibat banjir.
Program itu menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti dan kos upah buruh.
Ia juga turut menawarkan pemulihan upholsteri istimewa pada harga RM1,655 untuk kenderaan sedan dan RM1,988 untuk kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan van.
Tahniah diucapkan kepada semua pengeluar kenderaan yang mengambil inisiatif untuk menawarkan sokongan bantuan banjir kepada mangsa banjir.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

