ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dianggarkan lebih 50,000 kereta yang tenggelam dalam banjir di lapan negeri terutama Selangor dan Pahang sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa syarikat kereta menawarkan program untuk meringankan beban mangsa banjir.

Terbaharu, Honda Malaysia mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir.


Syarikat itu menawarkan diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen dan ianya sah bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.

Bagi para pelanggan Honda yang membeli Honda Insurance Plus (HiP), mereka sebenarnya boleh menikmati pemeriksaan kereta secara percuma dan mendapat elaun sebanyak RM1,500 termasuk perkhidmatan tunda percuma ke pusat pengedar sah Honda yang berhampiran.

Honda Malaysia juga sedang bekerjasama dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi pelanggan yang terjejas.

Selain Honda, Mitusbishi Motors Malaysia (MMM) juga tidak ketinggalan dalam membantu mangsa banjir apabila syarikat berkenaan turut menawarkan diskaun 30 peratus ke  ke atas alat ganti tulen Mitsubishi.

MMM turut menawarkan  diskaun sehingga 50 peratus untuk kos buruh. Kedua-dua tawaran ini sah bermula dari sekarang sehingga 20 Januari 2022.


Selain itu, syarikat juga menawarkan servis trak tunda secara percuma.

Apa yang lebih menarik, para pemilik yang menguruskan sendiri khidmat tunda tanpa melalui MA24 dan perlindungan insurans juga boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM300. 

Tetapi dengan satu syarat iaitu para pelanggan perlu membuat laporan polis, dan menunda kenderaan yang terjejas ke pusat servis Mitsubishi Motors yang berdekatan.

Untuk makluman anda, MMM turut menyediakan bantuan banjir kepada para pemilik Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.


Turut tampil menawarkan sokongan kepada pelanggan terjejas ialahEdaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Syarikat berkenaan turut mengumumkan program Sokongan Bantuan Banjir khas untuk para pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Program itu  menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti dan kos upah buruh.

Ia juga turut menawarkan pemulihan upholsteri istimewa pada harga  RM1,655 untuk kenderaan sedan dan RM1,988 untuk kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan van.

Tahniah diucapkan kepada semua pengeluar kenderaan yang mengambil inisiatif untuk menawarkan sokongan bantuan banjir kepada mangsa banjir. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.