- Berita
- Berita Auto
- Proton X90 Dibina Berdasarkan Geely Haoyue? Ini Dia Spesifikasi Geely Haoyue Di China...
Proton X90 Dibina Berdasarkan Geely Haoyue? Ini Dia Spesifikasi Geely Haoyue Di China...
-full.jpg)
Hadir ura-ura mengatakan Proton X90 yang akan diperkenalkan nanti bakal dibina berdasarkan prototaip Geely Haoyue.
Akhir-akhir ini muncul beberapa imej yang menunjukkan sebuah kereta yang dikatakan sebagai Proton X90 di Genting Sempah.
Jom kita tengok ciri-ciri yang terdapat pada Geely Haoyue sebelum model terbaharu daripada Proton ini mula dipertonton kepada umum.

Haoyue ialah sebuah MPV dengan tujuh tempat duduk. Kerangka badan kereta ini dibina berdasarkan platform Geely CV yang dibangunkan khas oleh Geely untuk model-model MPV.
Daripada aspek kuasa, ia menggunakan enjin 1.8L TGDI yang boleh menghamburkan kuasa maksimum 181 hp dan tork maksimum 300 Nm, digabungkan dengan transmisi dwi-klac basah tujuh kelajuan. Enjin ini mungkin sudah cukup sempurna bagi sebuah kenderaan dengan tujuh tempat duduk, namun ada khabar angin yang mengatakan bahawa model terbaharu ini nanti akan dilancarkan dengan versi enjin 1.5L TGDI.
Dari segi reka bentuk, dipercayai X90 diilhamkan daripada rekaan Haoyue yang tampil sporty dan bergaya, konsep rekaan yang pastinya dapat menarik perhatian ramai.
-full.jpg)
Geely Haoyue menggunakan lampu depan dan belakang jenis LED sepenuhnya dengan garisan yang kelihatan menonjol.
Bergerak ke bahagian dalam Haoyue, selain memiliki sistem infotainmen yang menarik, ciri menonjol lain ialah bumbung suria kereta ini. Bumbung suria ini menampakkan kereta lebih luas, bergaya dan cerah. Ia boleh ditutup secara automatik sekiranya hujan turun.
-full.jpg)
Bukan itu sahaja, aspek ruang simpanan yang terdapat dalam Haoyue juga diberikan perhatian. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 42 ruang simpanan dalam pelbagai saiz. Untuk menyimpan barangan yang besar, kerusi boleh dilipatkan.
Dari segi saiznya, Haoyue memiliki kepanjangan 4,835 mm, dengan kelebaran 1,990 mm dan berketinggian 1,780 mm. Jarak antara rodanya pula ialah 2,815 mm. Terdapat empat varian yang ditawarkan di negara China dengan harga yang bermula daripada RMB 109,600 ke RMB 139,600 (kira-kira RM 72,400 to RM 92,200).
-full.jpg)
Proton dikatakan bakal mengeluarkan tiga kereta baharu pada tahun 2022 yang merangkumi sebuah model facelift dan dua model baharu. Kehadiran model X90 yang kini sedang hangat dibincangkan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tak sabar rasanya untuk melihat apa yang Proton akan perkenalkan tahun depan!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV7488
SELANGOR
BSU6224
JOHOR
JG4181J
PULAU PINANG
PSG8120
PERAK
APM5012
PAHANG
CFJ2431
KEDAH
KGJ6019
NEGERI SEMBILAN
NEM4029
KOTA KINABALU
SJU7235
KUCHING
QAB8364P
Terakhir Kemas Kini 27 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Berita Terkini
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
