- Berita
- Berita Auto
- Rivian Automotive - Pengeluar Kereta Kedua Paling Bernilai Di Amerika Syarikat Selepas Tesla
Rivian Automotive - Pengeluar Kereta Kedua Paling Bernilai Di Amerika Syarikat Selepas Tesla
Rivian Automotive mendapat reputasi sebagai pengeluar kereta yang kedua paling bernilai di Amerika Syarikat, selepas Tesla.

Rivian Automotive merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan elektrik dan teknologi automotif yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Robert "R.J." Scaringe. Syarikat ini membina kenderaan utiliti sukan (SUV) dan trak pikap di atas papan selaju atau "skateboard", sebuah konfigurasi untuk cesi automotif digunakan bagi platform automotif kenderaan bateri elektrik.

Mula ditubuhkan di Irvine, California dengan kilang pengeluaran yang berlokasi di Normal, Illinois, syarikat automotif ini sebenarnya bermula dengan tangan kosong. Rivian mula memasuki pasaran pada tahun 2009 tanpa sebarang modal, pasukan, teknologi, pembekal, jenama dan infrastruktur pengeluaran.
Hadir daripada keinginan yang tinggi untuk membawa perubahan, pendekatan yang diambil Rivian tidak sama seperti syarikat kereta lain kerana lebih memberi tumpuan kepada alam sekitar dan kemampanan.
Pada tahun 2011, Rivian mengumumkan penghasilan prototaip coupe sporty sebelum projek ini dibatalkan sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, Rivian menerima dana yang cukup untuk menjalankan kajian di Bay Area, California dan Michigan.
Pada awal tahun 2017, syarikat telah berjaya menyempurnakan pembelian kilang yang sebelum ini dimiliki oleh Mitsubishi di Normal, Illinois untuk dijadikan hab pengeluaran syarikat di Amerika Utara. Menjelang penghujung tahun 2017, Rivian mengumumkan bahawa dua prototaip alfa telah berjaya disiapkan. Dalam masa kurang daripada setahun, pikap R1T dan SUV R1S telah dipertontonkan buat kali pertama di LA Auto Show dengan perancangan pengeluaran dijadualkan akan bermula pada tahun 2020.


Sebelum itu, Rivian telah memindahkan ibu pejabatnya ke Irvine, California.

Bermula tahun 2019, Rivian telah memiliki lebih daripada 1,000 orang kakitangan dan juga beberapa buah kilang di UK termasuklah di Michigan, Illinois dan California. Rivian berjaya mendapatkan pelaburan daripada Amazon bernilai $700 juta (kira-kira 2.9 bilion) bersama-sama dengan tempahan sebanyak 100,000 unit van elektrik.
Tidak lama selepas itu, Ford Motor Company melaburkan sebanyak $500 juta (RM 2.1 bilion) namun kontrak ini ditamatkan sewaktu pandemik COVID-19.
Rivian juga telah menerima pelaburan daripada Cox Automotive sebanyak $350 juta (kira-kira RM 1.5 bilion) dan dua pembiayaan daripada T. Rove Price berjumlah $3 bilion (RM 12.6 bilion).
Trak pikap Rivian R1T merupakan EV pengguna Rivian yang pertama dihantar untuk syarikat ini. Model trak dengan lima tempat duduk dalam versi elektrik sepenuhnya ini tampil unik dengan pelbagai ciri menarik yang dapat dilihat daripada bahagian luar dan dari segi juga pemilihan warna pada ruang dalamannya.
R1T edisi pelancaran telah habis ditempah sepenuhnya dengan harga permulaan $75,000 (RM 315,337.50) seunit. Ini akan diikuti dengan pengeluaran Adventure Package pada Januari akan datang dalam harga yang sama dan lebih rendah daripada harga Explore Package yang bernilai $67,500 (RM 283, 803.75).
Walaupun dibina di atas platform yang sama, SUV R1S tampil dengan lebih banyak ruang untuk tempat duduk dan juga kargo jika dibandingkan dengan R1T.
Edisi pelancarannya ditawarkan pada harga $75,500 (RM 317, 439.75), tinggi sedikit berbanding harga versi pickup atau Adventure Package. Explore Package akan ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu $70,000 (RM 294, 315).
Syarikat Rivian kini dianggarkan bernilai hampir $28 bilion (RM 117.8 bilion). Ia juga dikatakan bakal mengeluarkan sebanyak 10,000 van elektrik untuk syarikat Amazon pada tahun 2022.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Cabutan Bertuah Menang RXZ - Dr Akmal Benarkan Makcik Simpan Motor
RXZ Tular: Dr Akmal Mengalah, Hadiah Tetap Milik Makcik 54 Tahun.
08-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat