Betul Ke Perodua Bakal Perkenalkan Model Sedan Terbaharunya?
Sejak dua hari lalu, tular beberapa keping gambar di media sosial, yang menunjukkan rekaan kereta konsep, Perodua Sedan. Walaupun ia sekadar kereta konsep, jentera itu dikatakan mampu menarik perhatian orang ramai!
Susulan itu, beberapa laporan berita online tempatan melaporkan bahawa Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal menggunakan rekaan itu untuk menghasilkan kereta sedan keduanya selepas model Bezza mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Laporan itu kelihatan agak sahih apabila beberapa gambaran kereta konsep itu turut dikongsikan oleh pereka kereta konsep, Theophilys Chin menerusi laman perkongsian video, Youtube yang bertajuk “Perodua Sedan Renderings From 2022”.

Klip video itu menunjukkan barisan kereta berwarna merah, hitam, biru, silver dan warna emerald green (warna zamrud) yang dikatakan bakal menjadi pilihan orang ramai.

Theophilys dilihat turut meninggalkan kapsyen: “Dua tahun lalu pada 2 Jan 2020, saya telah menghasilkan kereta sedan Segmen-B Perodua berdasarkan platform Daihatsu DN-F.

“Baru-baru ini ada berita mengatakan bahawa konsep Daihatsu DN-F sebenarnya pratonton generasi akan datang untuk Toyota Vios (sedan Yaris). Hanya waktu akan menentukan sama ada Vios yang dibangunkan menerusi Daihatsu itu akan kelihatan sama seperti DN-F atau tidak.
“Sementara itu, saya telah menambahkan empat pilihan warna baharu. Maklumkan kepada saya warna yang mana anda suka?,” tulisnya.
Untuk makluman anda, rekaan ini menggunakan konsep rekaan Daihatsu DN-F yang pernah dipamerkan pada Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GAIIS) 2017.
Bagaimanapun, klip video yang mendapat 35, 986 tontonan itu menyebabkan laporan berita tempatan mengatakan bahawa Perodua bakal melancarkan kereta sedan keduanya tidak lama lagi.

Sebaliknya, ketika diminta mengulas mengenai berita itu, wakil Perodua berkata, pihaknya enggan mengulas sebarang berita spekulasi.
Apapun, jika benar Perodua bakal melancarkan kereta sedan keduanya nanti, model ini kelihatan lebih luas dan sedikit rendah berbanding dengan Bezza.
Apa yang pasti, rekaan kereta sedan ini pasti akan menarik perhatian orang Malaysia!
Apakah pendapat anda mengenai kereta sedan ini, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF5658
SELANGOR
BSR5062
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6757
PERAK
APJ7309
PAHANG
CFH1267
KEDAH
KGG9522
NEGERI SEMBILAN
NEK8723
KOTA KINABALU
SJS9761
KUCHING
QAB1761P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua
Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.
25-12-2025
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!
Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.
14-10-2024
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD
Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.
10-05-2024
Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA
Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.
05-07-2023
JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan
Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.
30-05-2023
Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar
Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.
22-05-2023
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat