Ia Mampu Melakukan Jarak Pemanduan Sejauh 1,000km Dengan Kapasiti Penuh
Mercedes mendedahkan kereta konsep Vision EQXX yang dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan lebih 1,000 kilometer dengan kapasiti bateri penuh.
Begitupun, kereta salon elektrik ini akan dijual sekitar tahun 2024.

Prototaip ini masih mampu menawarkan julat yang lebih tinggi tanpa perlu meningkatkan saiz bateri.
Apa yang paling menarik mengenai jentera ini ialah ia juga berupaya bergerak lebih jauh meskipun kapasiti bateri berada dalam jumlah yang sedikit.
Dengan memiliki jarak pemanduan lebih 1,000 km, EQXX dilihat mencapai angka yang menakjubkan dengan mengurangkan penggunaan tenaga di bawah 10 kWj setiap 100 km.

Kenderaan dikatakan dibina dengan satu bahagian kecil yang menampilkan satu saluran udara sempit selain terdapat logo bintang Mercedes.
Menjengah bahagian depannya, bahagian bamparnya kelihatan agak licin kerana mahu memberikan kesan kepada kecekapan aerodinamiknya.
Bagi mengurangkan gangguan seretan di bahagian cermin sisi, maka terdapat saluran udara penghawa dingin berkembar di atas bonet dan bukannya di bawah kereta.
Lampu belakang yang melengkung menampilkan rekaan potongan yang cukup dramatik di bahagian belakangnya.

Sebaliknya, apabila ia berada pada kelajuan tinggi, peresap belakangnya dikatakan mampu mengurangkan daya seretan.
EQXX dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20 inci dan tayar Bridgestone Turanza Eco yang dikatakan menawarkan rintangan golekan ultra-rendah kerana digabungkan dengan teknologi Enliten inovatif.

Mengenai trenkuasa elektriknya pula, ia dikatakan memiliki kecekapan tenaga elektrik hampir 95 peratus daripada kapasiti bateri 150kW.
Pemacu itu terdiri daripada motor, transmisi dan kuasa elektronik yang dibangunkan secara bersama oleh Mercedes-AMG dan bengkel High Performance Powertrains (HPP) Formula 1 Mercedes-AMG Petronas di Brixworth, United Kingdom.
EQXX juga mempunyai sistem pengurusan haba yang canggih yang menjimatkan tenaga haba dan meminimumkan seretan penyejukan.
Saiznya kecil dan ringan kerana penjanaan haba yang sedikit dan ia saling mempengaruhi antara pengatup gril aktif, inajp penyejuk dan pam air.
Menjengah bahagian dalaman yang berukuran 1,206mm lebar dan mempunyai skrin resolusi 8k dan menggunakan sistem navigasi 3-dimensi yang mampu memberikan imej satelit jelas.

Apa yang pasti, kenderaan ini mendapat sistem kawalan suara "Hey Mercedes'' yang lebih canggih. Ia dikatakan menggunakan teknologi baharu yang dikenali sebagai pengkomputeran neuromorfik dimana ia dikawal melalui otak pemandu.
Meskipun boleh dikawal menggunakan minda pemandu, ia tidak bermakna otak anda yang akan memandu kereta itu sepenuhnya.
Lebih menarik, kabinnya dibina dari bahan-bahan lestari yang dikitar semula, termasuklah fabrik seperti sutera Biosteel, balutan kulit dari cendawan, kulit bebas-haiwan dari gentian kaktus, dan karpet berasaskan buluh.
EQXX mendapat sistem bunyi sekeliling "4D", namun telah direka bentuk semula untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Malah, pembuat suaranya telah direka menjadi lebih kecil dan diletakkan lebih dekat dengan telinga penumpangnya bagi mengelak sebarang gangguan.
Mercedes berkata, EQXX dibangunkan dengan begitu pantas selain pihaknya , menggunakan peralatan pembangunan digital dan ujian maya bagi memendekkan tempoh pembuatannya kepada 18 bulan.
Biarpun, kereta berkenaan tidak akan memasuki ke bahagian pengeluaran, namun pihaknya telah menghasilkan kenderaan masa depan, termasuk model elektrik kompak dan sederhana yang dibina berdasarkan Seni Bina Modular Mercedes-Benz (MMA).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!
Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.
06-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam
Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.
28-10-2025
Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar
Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.
19-02-2024
CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya
Tempahan Mercedes-Benz CLE Cabriolet sudah dibuka.
08-02-2024
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
