ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Pamer Panamera Edisi Platinium

Suhana Veru

Kongsi melalui

Gabungan ciri reka bentuk Satin Gloss Platinum yang halus dengan senarai peralatan standard, Porsche akhirnya menayangkan Panamera Edisi Platinum baru-baru ini.

Buat permulaan, para pelanggan berpeluang menikmati sebahagian besar manfaat menerusi pakej standard yang ditawarkan untuk Edisi Platinum.

Antaranya, suspensi udara adaptif  dengan Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (PASM) dan lampu utama matriks LED yang dipadankan dengan Sistem Lampu Dinamik Porsche Plus (PDLS Plus).

Dari segi kemudahan pula, cermin luarannya dilengkapi  dengan pemalap cahaya, bumbung panoramik dan Bantuan Parkir dengan kamera undur.


Sementara itu, dari nilai estetiknya pula, jentera ini didatangkan dengan tayar rekaan eksklusif bersaiz 21 inci, ekzos sport hitam, trim sisi tingkap berwarna hitam kilat dan lampu belakang tampil yang kelihatan agak eksklusif.

Bagi model hibrid pula, pengecas AC didatangkan dengan tambahan kuasa pengecasan 7.2kW.

Bagaimanapun, Edisi Platinum boleh dikenal pasti dari luaran memandangkan ia hadir dengan cat eksklusif, trim saluran udara terdapat di hadapan roda, logo Porsche dan logo e-Hybrid di bahagian sisi model hibrid.

Bagi yang lebih gemar dengan penampilan asli, ia juga menyediakan pilihan rim aloi gaya Panamera bersaiz 20 inci.

Perincian ini diteruskan ke bahagian dalaman.  Roda stereng GT sports dipadankan dengan pakej dalaman aluminium, manakala sil pintunya pula dihiasi dengan logo edisi Platinium selain terdapat logo Porsche di bahagian penyandar kepala.


Menyentuh mengenai teknologinya pula, ia didatangkan dengan stereng berkuasa elektrik, Bantuan Tukar Lorong, cermin privasi, pintu jenis soft close  dan sistem bunyi Bose.

Malah, kerusi hadapan elektrik boleh laras dalam 14 arah, terdapat pakej memori dan kerusinya pula dilengkapi dengan fungsi pemanas.

Untuk makluman anda, kesemua model Edisi Platinum dilengkapi dengan jam analog di bahagian papan pemuka.

Di Eropah, peralatan premium  terdapat untuk model Sport Turismo, manakala di China pula,  rangkaian itu diperluaskan memandangkan model Executive didatangkan dengan jarak roda yang dilanjutkan.

Buat masa ini, Edisi Platinum hanya terdapat untuk Panamera 4 dan Panamera 4 E-Hybrid.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.