Polis Berjaya Tangkap Suspek, Tidak Sampai 24 Jam
Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dengan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Kota Damansara semalam.
Suspek berjaya diberkas selepas pihak polis menerima video dan gambar suspek yang bertindak begitu berani dengan menikam leher seorang pemandu e-hailling di khalayak ramai di Jalan Sentul Pasar.

Terdahulu tular beberapa video dan gambar yang dirakam oleh orang ramai yang menunjukkan suspek bergelut dengan mangsa yang berlumuran dengan darah sehingga menyebabkan seluarnya terlondeh.
Sebaliknya, tiada sesiapa cuba membantu meleraikan pergaduhan itu. Manakan tidak, orang ramai bimbang mereka turut dicederakan memandangkan suspek bersenjata manakala mangsa pula dilihat berlumuran dengan darah.

Beberapa pengguna jalan raya cuma menekan hon untuk cuba menghentikan pergaduhan itu dan mangsa menjerit meminta orang awam untuk menghubungi pihak polis.
“Hasil risikan dan siasatan berdasarkan maklumat yang diterima itu, pihak polis berjaya memberkas suspek,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun mengggunakan aplikasi In Driver untuk mengambil penumpang itu dari Putrajaya.
Sebaik tiba di Sentul Pasar, mangsa meminta tambang daripada lelaki berkenaan namun penumpang berkenaan meminta nombor akaun milik mangsa kerana mahu membuat bayaran secara atas talian.

Mangsa yang sibuk mencari nombor akaun miliknya panik apabila penumpang berkenaan bertindak menikam leher mangsa dengan menggunakan pisau.
Suspek turut bertindak agresif apabila dia menarik mangsa keluar dari kereta dan melarikan kereta Proton Saga milik mangsa serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang dalam kereta itu.
Mujur, mangsa terselamat walaupun cedera parah.
Hasil semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat sekiranya didapati bersalah.
.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge