Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerima 25 aduan berkaitan isu petrol RON95 dipercayai bercampur air sepanjang Oktober lalu.
25 aduan rasmi telah diterima oleh pihak KPDN Perak membabitkan lima daerah utama iaitu Kinta, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, dan Manjung.
Aduan berkenaan dibuat selepas beberapa pemilik kenderaan mengesan kerosakan enjin yang dipercayai punca daripada bahan api jenis RON95 yang tercemar dalam tangki simpanan stesen minyak.
Sampel Petrol dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia
Menjelaskan tindakan lanjut, Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail memberitahu pihak berkuasa telah mengambil sampel petrol RON95 dari stesen terbabit untuk tindakan ujian makmal.
"Pihak kami telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis serta pengesahan lanjut.
"Setakat ini kita masih menunggu keputusan rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan," katanya selepas majlis pelepasan acara larian anjuran Perak Community Specialist Hospital di Ipoh.
Panduan Tuntut Ganti Rugi Kerosakan Kenderaan di TTPM
Bagi pemandu atau penunggang motosikal yang terjejas, pihak KPDN menasihati orang ramai supaya tidak membuang dokumen penting seperti resit bayaran petrol dan bil pembaikan bengkel.
Pengguna yang mengalami kerugian boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi secara rasmi menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau tindakan Mahkamah Sivil.
Isu ini mula mendapat perhatian penunggang dan pemandu di media sosial selepas beberapa kes kenderaan tersengguk-sengguk dan rosak akibat kandungan air berlebihan dalam tangki simpanan tular baru-baru ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
