ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Baca Ini Sebelum Membeli Kereta Elektrik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seiring dengan peredaran masa, bateri kereta elektrik kini dikatakan lebih canggih berbanding 10 tahun lalu.

Jadi, adalah penting untuk anda ambil tahu mengenai bateri kereta dengan lebih terperinci  jika anda berhasrat untuk membeli komponen itu.

Pendek kata, jika ia memiliki jarak perbatuan yang agak jauh atau sudah berusia, nampaknya anda perlu berhati-hati!


Bagi saya, jika berbelanja lebih sedikit untuk membeli kenderaan elektrik terpakai adalah lebih baik berbanding membayar untuk membaik pulih bateri yang tidak mempunyai sebarang jaminan.

Namun, tahukah anda setiap EV terpakai sebenarnya mempunyai waranti selama lapan tahun atau 160,934 kilometer dimana ia juga melindungi penggunaan bateri yang semakin merosot jika kapasiti bateri menurun kepada 70 peratus.


Lazimnya, kenderaan elektrik menawarkan pelbagai langkah untuk memperlahankan kemerosotan kuasa bateri.

Sebelum ini empat model Nissan Leafs 2012 telah diuji. Kesemuanya dicas dengan pengecas rumah jenis arus terus (AC). Ia menggunakan soket mudah alih 3.3Kw dan dua lagi model itu dicas di stesen pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW.

Hasilnya, salah sebuah EV yang dicas di stesen pengecas pantas mengalami  lebih tiga peratus kemusnahan selepas melakukan pemanduan sejauh 64, 373 kilometer.


Ini membuktikan bahawa pengecasan pantas sebenarnya tidak menyebabkan kemerosotan bateri yang sangat tinggi sebaliknya berlaku peningkatan beban terma.

Kerosakan bateri ini menyebabkan Li-ion berkurangan sedikit kerana apabila elektrolisis berlaku, Li-ion akan bergerak  dari katod ke anod.

Sebaliknya, kemusnahan sebanyak tiga peratus yang berlaku dilihat tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi ia sebenarnya menjimatkan kapasiti keseluruhan suhu ambien.


Menyentuh mengenai cuaca, cuaca yang terbaik ialah cuaca sejuk kerana ia akan memperlahankan kadar pengecasan yang mengakibatkan jangka hayat yang lebih pendek.


Pun begitu, suhu panas dikatakan menggalakkan pengecasan pantas, tetapi awas! Kerana pendedahan berpanjangan kepada cuacas panas sebenarnya boleh merosakkan sel bateri.

Berdasarkan penyelidikan, bagi mana-mana bateri litium-ion, ia boleh dicas semula, lebih banyak kitaran cas, maka sel bateri akan menjadi lebih  haus.


Menurut Tesla, bateri Model S akan merosot kira-kira lima peratus selepas melakukan perjalanan 40,233 kilometer.

“Setiap bateri akan merosot setiap kali anda mengecas dan menyahcasnya,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Atlis Motor Vehicles Mark Hanchett.


Hakikatnya, bateri kereta elektrik anda atau mana-mana bateri Li-ion sememangnya boleh dicas semula namun sudah lumrah bahawa ia akan kehilangan kapasiti yang pernah dimilikinya. 

Bagaimanapun, kadar kemerosotan bateri berkenaan  adalah berdasarkan pembolehubah yang masih belum diketahui.

Pendek kata, tabiat pengecasan anda sebenarnya  menghasilkan sel kimia yang sudah pastinya akan menjejaskan storan tenaga jangka panjang bateri EV anda.


Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4580

SELANGOR

BSR6583

JOHOR

JA4265J

PULAU PINANG

PSD8569

PERAK

APJ9132

PAHANG

CFH1861

KEDAH

KGH1367

NEGERI SEMBILAN

NEK9508

KOTA KINABALU

SJT1298

KUCHING

QAB2155P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.