Bateri Terpakai Audi e-Tron Diguna Semula Sebagai Sumber Kuasa Kilang
![]()
Audi dan RWE bekerjasama dalam projek peralihan tenaga. Projek ini dilaksanakan dengan cara menempatkan sebuah fasiliti storan bateri litium-ion terpakai daripada kereta elektrik Audi untuk membekalkan kuasa kepada kilang.
Dengan menggunakan 60 sistem bateri, fasiliti storan teknologi terbaharu ini akan memberi kuasa sebanyak 4.5 megawatt jam (MWj) elektrik untuk kilang di Lake Hengstey.

Ahli lembaga pembangunan teknikal Audi AG, Oliver Hoffman berkata, "Mobiliti karbon-neutral adalah matlamat utama Audi. Kerjasama dengan RWE ini bertujuan untuk mendemonstrasikan kemungkinan yang ada untuk menggunakan sumber-mesra bateri bervoltan tinggi terpakai dan integrasi pintarnya kepada grid kuasa masa depan. Di samping itu, kami juga sudah memikirkan masa selepas fasa penggunaan dan sedang meningkatkan usaha untuk memastikan bateri dapat dikitar semula secara efektif."
Bateri yang digunakan dalam projek ini ialah bateri-bateri yang telah disediakan untuk projek pembangunan kenderaan Audi e-Tron.

Tindakan ini diambil kerana bateri masih lagi memiliki baki kapasiti lebih daripada 80 peratus selepas digunakan pada kereta. Dengan kapasiti setinggi ini, 'bateri hayat kedua' ialah sumber yang sempurna untuk digunakan dalam sistem storan kuasa pegun kilang.
Bergantung kepada bagaimana ia pernah digunakan sebelum ini, bateri terpakai ini masih mempunyai baki hayat sehingga 10 tahun. Bukan itu sahaja, tindakan ini juga dapat menjimatkan lagi kos.

RWE telah pun membina kawasan seluas 160 meter persegi untuk menempatkan 60 modul bateri yang berkeberatan kira-kira 700 kg.
Pemasangan sistem bateri di sini berjaya disempurnakan pada bulan Oktober, manakala proses tempahan komponen individu pula dimulakan pada bulan November.

Ketua Pegawai Operasi, RWE Generation SE, Roger Miesen berkata, "Storan bateri yang berkuasa memainkan peranan yang penting dalam revolusi tenaga. Teknologi storan fleksibel diperlukan untuk mengimbangi turun naik jangka pendek yang berlaku dalam tenaga boleh diperbaharui serta bagi menstabilkan grid.
Bersama-sama dengan Audi, di Herdecke, kami mengkaji bagaimana bateri bervoltan tinggi yang berada di penghujung hayat daripada kereta elektrik ini dapat berfungsi sebagai peranti storan tenaga pegun apabila disambungkan antara satu sama lain. Penggunaan storan 'hayat kedua' ini merupakan alternatif mampan bagi bateri-bateri baharu. Pengalaman yang dimiliki daripada projek ini akan membantu kami mengenalpasti cara penggunaan yang paling menjimatkan kos untuk mengendalikan sistem bateri sebegini."
Dapatan daripada pengalaman projek fasiliti storan di Herdecke ini juga dapat membantu RWE membina dan mengendalikan fasiliti storan berlandaskan bateri EV yang lebih besar pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
10-04-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini
Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).
18-02-2025
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan
Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.
05-02-2025
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
