Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Selepas pelancaran barisan model Audi e-tron GT 2025 yang dikemas kini tahun lalu, ketiadaan versi asas, e-tron GT quattro, menimbulkan persoalan. Namun kini, Audi akhirnya memperkenalkan varian tersebut sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi ini, tetapi jangan tertipu dengan gelaran ‘asas’, kerana kuasanya jauh dari ‘biasa’.
Cas 10 Minit Boleh Capai 285 KM

Varian e-tron GT quattro baharu ini masih berkongsi pek bateri 97 kWj (boleh guna) seperti model S dan RS, serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 320 kW. Dengan teknologi ini, masa pengecasan dari 10% ke 80% hanya mengambil masa 18 minit. Malah, dengan hanya 10 minit pengecasan sahaja membolehkannya mencapai jarak pemanduan sejauh 285 km.
Audi turut mengumumkan jarak maksimum untuk satu cas penuh mencecah sehingga 622 km, bergantung kepada gaya atau situasi pemanduan.
496 HP Standard, 577 HP Launch Control

Sebagai model pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik, e-tron GT quattro menawarkan 496 hp dalam mod biasa. Namun, apabila fungsi Launch Control diaktifkan, kuasa melonjak kepada 577 hp, membolehkan kereta ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.0 saat.
Reka Bentuk Elegan, Kabin Mewah


Dari segi reka bentuk, e-tron GT quattro berbeza daripada varian S dan RS dengan kehadiran komponen ambilan udara hadapan bergaya singleframe yang dicat hitam. Model ini turut dilengkapi tempat duduk bucket yang boleh dilaraskan secara automatik berwarna hitam dan bumbung kaca panorama, menjadikan ruang dalaman lebih moden dan mewah.
Ciri standard adalah termasuk lampu depan Matrix LED, diffuser belakang berwarna hitam, rim aloi 20 inci berwarna hitam, serta cermin sisi dengan pilihan kemasan hitam atau karbon. Dalam kabin pula, terdapat skrin instrumen digital 12.3 inci dan skrin infotainmen 10.1 inci.
Harga Dari €108,900 Di Jerman
Audi kini telah membuka tempahan untuk model ini di pasaran Jerman dengan harga bermula dari €108,900 (sekitar RM522,000). Penghantaran kepada pelanggan dijangka akan dimulakan dalam beberapa bulan akan datang.
Baca: MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
7 Model Audi e-Tron Dah Masuk Malaysia, Korang Pilih Mana?
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan secara rasminya tujuh model elektrik sepenuhnya Audi e-tron k
16-06-2023
Audi Buka Tempahan Untuk Model Kenderaan Elektrik, Harga Boleh Tahan..
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan tujuh rangkaian model kenderaan elektrik e-tron kini sudah boleh ditempah.
10-02-2023
Pelancaran Audi E-Tron GT
Audi AG telah melancarkan kereta elektrik baharunya, Audi E-Tron GT pada Februari 2021 ketika acara 'Day of Progress' yang diadakan dalam talian.
25-02-2021
Pendaftaran Minat EV E-Tron GT & Q8 E-Tron Kini Dibuka Di M'sia, Pelancaran Tidak Lama Lagi?
Pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) kini telah membuka pendaftaran minat untuk kenderaan elektrik.
12-01-2023
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
10-04-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
