Keputusan Separuh Masa Rali Dakar, Tiga Audi RS Q E-Tron Membuktikan Kehebatan
![]()
Untuk membuktikan keupayaan sistem elektrik yang dihasilkan, Audi telah mengambil bahagian dalam perlumbaan padang pasir, Rali Dakar.
Menakjubkan, dalam tempoh hanya separuh masa perlumbaan, Audi telah berjaya meraih enam podium.

Ahli lembaga pembangunan teknikal Audi, Oliver Hoffman menyatakan, "Apa yang telah saya lihat daripada pasukan sehingga tiba hari rehat Rali Dakar cukup mengagumkan saya. Pasukan kami telah membangunkan Audi RS Q e-tron dalam masa rekod. Daripada awal lagi, kami telah menunjukkan tahap kesukanan yang tinggi. Pemandu, pemandu ganti dan seluruh pasukan menunjukkan prestasi pasukan yang hebat. Dan teknologi canggih kami memenuhi jangkaan."
Sebagai permulaan, Carlos Sainz dan Lucas Cruz telah menarik perhatian media seawal empat hari pertama pertandingan berlangsung.

Pemenang Dakar sebanyak tiga kali ini telah berjaya memberikan kemenangan pertama kepada Audi RS Q e-tron pada laluan 338 km.
Cukup menakjubkan kerana mereka mencatatkan purata kelajuan 138 km/j, angka yang mengagumkan untuk laluan yang tidak berturap.


Buat masa ini, Mattias Ekström terpilih sebagai pemandu Audi yang terbaik pada kedudukan ke-14, sementara itu Carlos Sainz pula di tangga ke-25 dan Stéphane Peterhansel di tangga ke-71.

Pengarah Pengurusan Audi Sport GmbH, Julius Seebach berkata, "Semangat yang ada dalam pasukan membuatkan saya bangga. Perpaduan di sepanjang perlumbaan separuh akhir ini menunjukkan betapa pasukan ini telah banyak berkembang sebagai sebuah unit. Fasa persediaan juga terlalu intensif supaya mereka siap untuk berlumba daripada awal.
Daripada sebuah lembaran kertas yang kosong, sehinggalah ke padang pasir, kami hanya ada masa selama setahun untuk membangunkan kenderaan paling kompleks dalam sejarah Audi Motorsport ini. Bagi saya, perpaduan dalam pasukan sangat penting dalam semua kejayaan yang telah dicapai, yang sudah pun melebihi daripada apa yang dijangkakan oleh pendatang baru untuk Dakar pertama."
Kerumitan ketiga-tiga buah prototaip ini cukup tinggi, buat pertama kalinya, konsep pemanduan alternatif menggabungkan e-trenkuasa dengan sel bervoltan tinggi dan juga penukar tenaga yang mempunyai tahap efisien yang tinggi.

Walau bagaimanapun, walaupun hanya melalui fasa ujian yang pendek, sistem ketiga-tiga kereta dapat beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah apabila melalui kawasan padang pasir yang mencabar.
Namun begitu, Audi juga perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran khas Dakar Rally di sepanjang laluan berkepanjangan 4,700 km.

Sebagai contoh, selain kesukaran navigasi pada hari kedua, kerosakan suspensi turut menggugat kedudukan pasukan.
Stéphane Peterhansel berkemungkinan telah merosakkan rim dan juga wishbone bawah pada suspensi belakang disebabkan oleh batu pada hari kedua rali.

Pengarah Pembangunan Audi Sport Racing, Stefen Dreyer menyimpulkan, "Kami terkejut kerana satu-satunya halangan yang telah dilalui ialah (kerosakan) pada bahagian yang konvensional seperti suspensi. Sungguh mengagumkan bahawa konsep pemanduan inovatif kami ini dapat berfungsi tanpa sebarang masalah, begitu juga dengan prestasi kenderaan ini. Dalam masa yang sama, kami sedar bahawa perjalanan rali ini masih lagi jauh. Matlamat kami masih lagi untuk tiba di Jeddah dalam masa seminggu dengan ketiga-tiga kereta."

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.
12-08-2025
Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif
Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.
17-06-2025
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas
Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.
15-05-2025
Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K
Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.
10-04-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini
Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).
18-02-2025
Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan
Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.
05-02-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge