Harga IONIQ 5 Untuk Amerika Syarikat Diumumkan, Terlalu Murah!

Hyundai baru-baru ini telah mendedahkan harga jualan bagi kenderaan utiliti crossover (CUV) elektrik keluaran mereka, IONIQ 5. Harga yang didedahkan ini lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Pelanggan ditawarkan dengan pilihan kombinasi spesifikasi kereta yang luas iaitu antara dua jenis pek bateri (8 kWj atau 77.4 kWj), dua reka letak motor elektrik iaitu sama ada hanya motor belakang atau motor pada kedua-dua bahagian depan dan belakang (pacuan semua roda).

Varian terendah (standard atau SE) IONIQ 5 berharga hanya USD 39,700 (RM 166,235.81) sebelum rebat dan insentif menjadikannya lebih murah berbanding EV lain seperti Ford Mustang Mach-E.
Versi yang termurah ini didatangkan dengan pek bateri 58 kWj serta mampu menempuhi jarak perjalanan sejauh 220 batu atau 354 km. Ia menggunakan sistem pacuan roda belakang dengan kuasa kuda setinggi 168 hp. Untuk spesifikasi sama dengan pek bateri 77.4 kWj, kereta boleh menempuhi jarak perjalanan lebih jauh iaitu 303 batu atau 488 km.
Versi pertengahan (SEL) yang menggunakan sistem pacuan roda belakang ditawarkan pada harga yang bermula daripada USD 45,900 (RM 192,197.07). Akhir sekali, versi tertinggi (Limited) berharga USD 50,600 (RM 211,877.38).

Senarai harga IONIQ 5 yang dikongsikan dalam laman web rasmi Hyundai.
IONIQ 5 2022 menjadi peneraju dalam segmen kereta crossover untuk penghasilan sistem pengecasan ultra pantas terbaik dalam kelasnya yang boleh mengecas daripada 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 18 minit. Sememangnya laju.
Tak percaya betapa pantasnya IONIQ 5 boleh dicas? Jom kita tonton video Hyundai yang menunjukkan 'perlumbaan' pengecasan antara telefon pintar, laptop, kamera dan IONIQ 5:
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT
Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.
05-09-2024
Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya
Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.
15-04-2024
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?
Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.
27-02-2024
Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!
Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!
08-10-2022
[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?
Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.
13-09-2022
Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...
Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...
08-08-2022
RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4
Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.
10-06-2022
Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih
Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.
01-04-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
