RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Menurut Hyundai, pihaknya akan menggunakan IONIQ 5 yang mempunyai keupayaan pemanduan autonomi tahap 4 dan tidak memerlukan input daripada pemandu fizikal.

Ini bermakna, ia akan menjadi perkhidmatan e-hailing pertama yang beroperasi dengan pemanduan autonomi di Gangnam, salah satu kawasan yang paling sesak di kota metropolitan Seoul.

“Di Hyundai Motor Group, kami membangunkan teknologi pemanduan autonomi tahap 4 berdasarkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dibangunkan secara ‘dalaman. Fungsi keselamatannya disahkan menerusi pengeluaran IONIQ 5.

"Kami menjangkakan projek merintis RoboRide ini akan menjadi titik perubahan penting yang membolehkan kami menghayati teknologi pemanduan autonomi,” kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Pemanduan Autonomi Hyundai Motor Group, Woongjun Jang.

Buat permulaan, pihaknya akan mengumpul semua data pemanduan autonomi dan merancang untuk membangunkan lagi teknologi pemanduan autonomi tahap 4 bagi menawarkan pemanduan yang selamat dan fleksibel dalam persekitaran bandar yang sesak.
Perkhidmatan RoboRide akan bermula mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang (Isnin-Jumaat).

Hanya tiga penumpang dibenarkan, dan buat masa ini, seorang pemandu akan ditempatkan di dalam kenderaan berkenaan untuk bersiap sedia jika berlaku sebarang kecemasan.
Difahamkan, Hyundai akan mengendalikan demonstrasi awal itu hanya untuk kakitangan yang dipilih secara dalaman, dan kemudian mengembangkan sasaran perkhidmatan perintis kepada pelanggan umum pada masa hadapan.
Sedikit info untuk anda:
Kereta yang berbeza mampu pelbagai tahap memandu sendiri pada skala 0-5:
Tahap 0: Semua sistem utama dikawal oleh manusia
Tahap 1: Sistem tertentu, contohnya kawalan pelayaran atau brek automatik, boleh dikawal oleh kereta
Tahap 2: Sekurang-kurangnya dua fungsi automatik serentak seperti percepatan dan stereng ditawarkan oleh kenderaan. Walau bagaimanapun, manusia dikehendaki memastikan operasi yang selamat
Tahap 3: Kereta dapat menguruskan fungsi keselamatan dalam keadaan tertentu, tetapi pemandu diharapkan mengambil alih ketika diberitahu
Tahap 4: Kereta ini autonomi sepenuhnya dalam beberapa senario memandu, walaupun tidak semuanya. Tahap ini boleh dirujuk sebagai sangat automatik
Tahap 5: Kereta itu autonomi sepenuhnya dalam setiap keadaan
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

