ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Ranger XLT Plus Special Edition Berharga RM136,888 Kini Sudah Boleh Ditempah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hari ini, Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (SDAC) pengedar tunggal Ford, Malaysia telah melancarakan  Ford Ranger XLT Plus edisi istimewa (Special Edition).

Tertarik untuk mendapatkan kereta ini? Ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu:


1) Sebuah unit Ford Ranger XLT Plus Special Edition akan dipratontonkan di Queensbay Mall, Penang bermula 24 hingga 27 Februari, 2022. 


2) Unit pameran ini bakal tiba di bilik pameran Ford seluruh negara bermula 10 Mac, 2022.


3) Penambahbaikan yang terdapat pada Special Edition adalah termasuk rekaan gril depan baharu, dapra lebar, bar sport baharu, plat ambang pintu beriluminasi baharu dan juga kamera DVR terbina dalam. 


4) Berharga RM136,888 (harga atas jalan, tanpa insurans dan cukai jalan), Ford Ranger XLT Plus Special Edition kini sudah boleh ditempah.

Menurut Pengarah Pengurusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, jentera Ford Ranger XLT Plus Special Edition merupakan sebuah kenderaan yang ideal untuk kegunaan santai, dengan keluarga mahupun untuk kerja.



Ditawarkan dalam lima warna – Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan Meteor Grey. Varian istimewa ini telah diberi penambahbaikan berbanding varian biasa untuk menawarkan lebih banyak ciri luaran yang unik dan tampil lebih berani.

Reka bentuk gril depan dengan tulisan Ford yang besar, dapra lebar yang menonjol rekaannya serta bar sporty yang diberikan sentuhan baharu merupakan ciri yang paling menyerlah pada varian istimewa ini.




Bergerak ke bahagian dalam, ciri menarik kereta ialah plat ambang pintu yang beriluminasi dengan logo Ranger, DVR, rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan lebar, rakaman pandangan malam, filter terpolarisasi terbina dalam dan juga aplikasi mobil yang tersambung dengan hotspot.

Sistem infotainmen kereta boleh disambungkan dengan Apple iOS dan Android, selain turut didatangkan dengan kad memori 32GB. Ciri ini membolehkan pemandu merakam laluan yang ditempuhi.

Dari segi prestasi, Ford Ranger XLT Plus Special Edition menggunakan enjin turbo tunggal 2.0L yang digabungkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan. Sistem ini dapat menjana sebanyak 178 hp dan tork 420 Nm.

Jentera turut memiliki kemampuan untuk meredah air 800 mm selain kapasiti menunda yang tinggi.

Ciri lain yang terdapat pada kenderaan berteknologi tinggi ini ialah Easy Lift Tailgate, sistem multimedia  SYNC® dengan kamera undur, 4x4 shift-on-the-fly elektronik, stereng bantuan berkuasa elektrik (EPAS) yang ringan, Limited Slip Differential, kawalan turun bukit, bantuan mula mendaki, sistem brek antikunci dengan bantuan brek kecemasan (EBA) dan agihan brek elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, kawalan kestabilan elektronik dengan kawalan cengkaman, mitigasi olengan, kawalan ayunan treler, kawalan beban adaptif dan Ford MyKey.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-02-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
EV

12-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Global

07-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.