Aston Martin Perkenal DBX707, SUV Prestasi Tinggi Yang Mantap Dari Segala Aspek!

Aston Martin telah memperkenalkan DBX707 yang terbukti mantap dari segi prestasi, pengendalian dan juga rekaannya. Dalam penghasilan kereta ini, setiap bahagian telah diberikan perhatian penuh. Tak percaya? Teruskan baca artikel.

Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Tobias Moers berkata, "Daripada awal pengenalannya lagi, DBX melambangkan nilai dinamik dan reka bentuk Aston Martin dengan membuktikan bahawa bukan semua SUV perlu mengikut kompromi yang sama. Dengan DBX707, kami telah menolak sempadan dalam setiap aspek untuk menghasilkan sebuah kereta yang menjadi standard baharu dari segi prestasi dan keinginan."

Setiap aspek kereta ini telah diperbaik untuk meningkatkan prestasi, menambahkan keseronokan pemanduan dan menonjolkan kehadirannya di atas jalan raya.
Kerja penghasilan model ini telah dipimpin oleh Ketua Kejuruteraan Trenkuasa Aston Martin, Ralph Illenberger.

Enjin V8 berpengecas turbo kembar 4.0L untuk model ini kini menggunakan pengecas turbo jenis galas bebola (ball bearing) dan juga penentukuran (calibration) enjin khas untuk meningkatkan kuasa dan tork kereta.
Turut diubah pada SUV ini ialah pemasangan transmisi automatik 'klac basah' 9 kelajuan.

Transmisi ini membolehkan enjin V8 kereta mencapai output maksimum 697 hp dan tork 900 Nm, peningkatan sebanyak 155 hp dan 200 Nm berbanding enjin V8 sebelum ini.

![]()
Keupayaan pelancaran atau pecutannya juga adalah jauh berbeza berbanding versi sebelum ini dengan masa pecutan 0 ke 100 km/j hanya 3.3 saat.
"Kombinasi enjin luar biasa dengan transmisi 'klac basah' 9 kelajuan terbaharu merupakan aspek penting yang menyumbang kepada keupayaan menakjubkan dan juga karakter hebat DBX707," ujar Ketua Trenkuasa Aston Martin, Ralph Illenberger.

Penggunaan brek seramik karbon (CCB) juga turut meningkatkan lagi prestasi kereta.
Rim standard yang digunakan ialah yang bersaiz 22 (dalam gaya Sport dan Ribbon). Rim 23 inci turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan (dalam warna hitam atau satin hitam).
Penggunaan rim 23 inci dapat memberikan manfaat dinamik kepada kereta kerana tayar dengan diameter yang tinggi dapat memantapkan lagi respon pengendalian, kawalan badan utama dan juga masa pusingan (lap time).
Di samping itu, DBX707 turut dilengkapi dengan electronic limited slip rear differential (e-diff).

Penentukuran (calibration) yang teliti terhadap e-diff membolehkan DBX707 memiliki ketangkasan selekoh, prestasi dan karakter dinamik sebuah kereta sport sebenar.

Faktor lain yang meningkatkan kualiti pengendalian kereta ialah sistem suspensi udaranya.
Dikatakan sebagai SUV dengan tahap pengendalian terbaik dalam pasaran, DBX707 memiliki talaan casis yang khas untuk memenuhi semua keperluan dan objektif kereta.

Perubahan turut dibuat pada sistem kawalan olengan aktif elektronik (eARC) kereta, parameter telah diubah untuk meningkatkan rasa ketangkasan dan juga keseimbangan dinamik kereta.

Mod pemanduan dinamik kereta juga diperbaik dengan penambahan fungsi 'Race Start' untuk kedua-dua mod GT Sport dan Sport+ bagi memaksimumkan pecutan off-the-line kereta.

Ketelitian yang hebat bukan sahaja diberikan kepada prestasi kereta tetapi juga pada ciri luaran dan dalamannya.

Bahagian depan DBX707 dipasangkan dengan gril yang lebih besar dan juga lampu DRL dalam reka bentuk baharu.Gril berwarna krom satin ini telah dibesarkan untuk meningkatkan aliran udara penyejukan kereta.

Bingkai tingkap kereta dalam warna krom satin gelap dan juga bilah bonet louvre baharu kelihatan 'masuk' dengan gril depan dan splitter berwarna hitam berkilat kereta.
Bahagian belakang kereta mendapat sentuhan yang sama termasuklah ciri aerodinamik melalui pemasangan spoiler bawah untuk meningkatkan kestabilan kereta.

"DBX707 ialah sebuah kereta prestasi sebenar yang masih mengekalkan ciri elegan seperti yang dijangkakan daripada sebuah kereta Aston Martin," kata Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman.
Sepertimana bahagian luar, kabin kereta juga tampil sporty dengan tempat duduk Sport sebagai ciri standard. Dalam masa yang sama pelanggan juga boleh memilih tempat duduk jenis Comfort tanpa caj tambahan. Semua pilihan tempat duduk dilengkapi fungsi pelarasan 16 arah elektronik serta pemanas untuk barisan depan dan belakang (standard).
Terdapat tiga pilihan kemasan untuk bahagian kabin kereta iaitu tema Accelerate (standard) yang merupakan gabungan balutan kulit dan Alcantara, serta pilihan tambahan lain iaitu tema Comfort dan Inspire Sport.


Untuk pengetahuan pembaca, DBX707 telah dinobatkan sebagai 'Best Luxury SUV' dalam GQ Car Awards, 'Super SUV of the Year' oleh Top Gear, dan menerima kemenangan berturut-turut dalam kategori 'Best Super Luxury SUV' PR Arabia National Auto Award.
DBX707 bakal dikeluarkan pada suku pertama 2022 dengan penghantaran pertama dijadualkan bermula pada awal suku kedua 2022.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat