Mercedes-Benz GLS600 4MATIC Selamat Mendarat Di Malaysia
Selain Maybach S-Class 580, Mercedes-Benz Malaysia tidak melepaskan peluang untuk melancarkan sebuah lagi jentera mewahnya, Mercedes-Maybach GLS600 4Matic.
-full.jpg)
Jika 580 dijual sekitar 1.9 juta, kenderaan utiliti sukan ini pula dijual pada harga RM1.7 juta. Mungkin harga ini tiada masalah bagi yang mampu namun ada juga asasnya mengapa harganya ditetapkan sehingga mencecah jutaan ringgit.
Untuk makluman anda, jentera ini dijana dengan enjin 4.0 liter V8 dimana ia mampu menghamburkan 557 kuasa kuda (hp) dan tork 730Nm dengan kombinasi sistem boost EQ 48-voltan.
-full.jpg)
Melihat kepada rekaan luarannya, ia hadir dengan gaya yang agak kotemporari.
-full.jpg)
-(1)-full.jpg)
Ia digandingkan dengan teknologi lampu utama LED multibeam serta dipadankan bersama gril krom vertikal. Jentera mewah ini turut serta dihiasi dengan lencana Maybach.
Jika melihat bahagian bawahnya pula, ia dihiasi pula dengan jaring halus yang bersambungan dari kiri ke kanan.
-full.jpg)
-(1)-full.jpg)
Lebih menarik, SUV berkenaan juga dilengkapi dengan rel bumbung dan bumbung panoramik.
Bukan sekadar itu sahaja, difahamkan, ketinggian jentera ini berupaya direndahkan ketika pintu dibuka.
Malah, terdapat program pencahayaan untuk keselamatan pemandu dan penumpang
Menjengah kabinnya, kesemua tempat duduknya boleh dilaras secara elektrik, dipanaskan, beriklim malah dilengkapi dengan fungsi urutan.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Selain itu, tempat duduknya boleh dikawal dengan menggunakan MBUX Command Center Rear.
Apa yang cukup menarik, terdapat bahagian belakang eksekutif yang boleh digunakan sebagai zon pejabat atau zon santai peribadi.
Jentera ini juga dikatakan amat menitikberatkan soal keselesaan untuk pemandu dan penumpangnya.
Manakan tidak, ia dilengkapi dengan penebat bunyi bagi membolehkan ia menapis sebarang gangguan bunyi.
Menyebut mengenai keselamatannya Mercedes-Maybach GLS 600 didatangkan dengan sistem bantuan pemandu aktif termasuk Pre-Safe dan Parktronic.
Dengan kesemua ciri yang ada pada jentera ini, maka tidak hairanlah mengapa ia dijual sehingga jutaan ringgit.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari www.mercedes-benz.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Maybach EQS SUV Dilancarkan – Dari RM1.08 Juta
Mercedes-Maybach EQS SUV kini rasmi diperkenalkan di Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga RM1.08 juta.
25-02-2025
Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda
Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.
28-01-2022
Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif
Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.
26-08-2021
Harga berpatutan Mercedes 2021 – Maybach Kelas-S
Mercedes mendedahkan harga sedan mewah yang telah direka semula, Maybach Kelas S di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
09-04-2021
Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Pasaran Pantai Timur, Rasmi Autohaus Terbesar di Kuantan
Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Kuantan, Pahang.
18-05-2026
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.
10-09-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang
Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.
02-07-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge