Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!

Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam dengan pelbagai peristiwa yang tidak boleh dilupakan. Kesungguhan semua pelumba, sama ada yang muda mahupun yang sudah berpengalaman untuk mendapatkan kedudukan teratas menjadikan perlumbaan bertambah sengit dan mencabar.
Seperti musim-musim sebelum ini, empat kategori dipertandingkan iaitu Super Sporting, Sporting, Rookie dan Promotional dengan ganjaran hadiah secara keseluruhannya melebihi RM1 juta.
Super Sporting Class
Race 1

Dalam kategori Super Sporting, anak muda berusia 17 tahun, Hayden Haikal berjaya mendapat kedudukan pertama meninggalkan Freddie Ang dengan masa 0.264 saat lebih pantas. Eddie Lew pula berada di tempat ketiga.
Pada awal perlumbaan, Boy Wong berada di tempat kedua, di belakang Hayden sebelum beliau berjaya dipintas pada lap kedua. Tidak lama kemudian, Hayden telah diasak oleh Mitchell Cheah sehingga turun satu posisi.
Nasib menyebelahi Hayden kerana Cheah yang cuba memotong Boy Wong telah berlanggar sehingga kedua-dua pelumba terbabit terbabas keluar semasa selekoh akhir lap yang keenam. Perlanggaran ini menyebabkan kedua-dua Vios rosak dan membuka ruang kepada Hayden untuk berada di kedudukan pertama.
Race 2
Untuk pusingan kedua Super Sporting, tempat pertama berjaya dipegang oleh Eddie Lew diikuti oleh Mitchell Cheah dengan jarak 5.580 saat. Kedudukan podium ketiga diambil oleh Freddie Ang.
Insiden menarik perlumbaan ini berlaku semasa lap keempat. Kemalangan terjadi semasa persaingan yang sengit antara Fariqe, Hayden dan Ady Rahimi. Kemalangan ini telah membuka ruang kepada Mitchell Cheah yang bermula dari petak akhir untuk memintas pelumba lain sehingga naik ke tempat ketiga. Mitchell diikuti oleh Freddie Ang daripada belakang.

Pada lap ke-17 jarak antara Mitchell dan Eddie semakin hampir, dan dalam masa yang sama juga Mitchell dapat merasakan tayar kereta mula haus sehingga beliau terpaksa merendahkan kelajuan kenderaan dan memberi ruang kepada Eddie Lew untuk berada di hadapan. Sementara itu, Freddie Ang pula dapat mengekalkan kedudukan ketiga walau tidak henti dicabar oleh Brendan Paul.
Sporting Class
Race 1
Naquib Nor Azlan berjaya mendapat kedudukan pertama bagi kategori Sporting mengalahkan Tom Goh dan Bradley Benedict Anthony.

Pada awal perlumbaan, Tom Goh berada pada petak pertama diikuti oleh Mirza Syahmi dan Abdul Miqail. Pelumba muda berusia 21 tahun, Naquib berjaya memintas Mirza Syahmi semasa lap kedua sebelum mula menyasarkan Tom Goh.
Naquib menunjukkan kemahirannya sewaktu cubaan untuk memotong dari sebelah luar Tom Goh yang telah melakukan gerakan defensif, Naquib kemudiannya melakukan pergerakan bijak iaitu dengan menyerang dari dalam.

Naquib berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke garisan penamat dan Tom Goh pula ketinggalan 16 saat di belakang.
Dalam masa yang sama, berlaku pertarungan yang sengit antara Mirza Syahmi dan Bradley Benedict Anthony untuk mendapat kedudukan ketiga. Bradley berjaya merampas kedudukan Mirza semasa di lap kelapan. Setelah menerima asakan demi asakan, kedudukan Mirza menurun sehingga ke tangga keenam.
Race 2
Selepas kejayaan dalam Race 1, Naquib Azlan diletakkan pada petak keenam pada garisan perlumbaan Race 2, di depannya ialah Tom Goh dan diikuti oleh Bradley Banedict Anthony, Abdul Miqail, Kenneth Koh dan di petak pertama, Mirza Syahmi.
Perlumbaan bermula dengan persaingan yang sengit antara Abdul Miqail dan Mirza Syahmi sewaktu di selekoh pertama. Ketika pertarungan, Kenneth Koh berjaya memintas kedua-dua pelumba dan merampas kedudukan pertama.
Semasa lap kedua, terlihat pertarungan antara Naquib dan Bradley untuk berada di depan Abdul Miqail. Pada lap ketiga, Naquib telah merampas kedudukan ketiga Syahmi. Seterusnya, Naquib cuba untuk menyerang Kenneth Koh beberapa kali sebelum berjaya memintasnya pada lap ketujuh. Bradley yang berada tidak jauh di belakang turut berjaya memotong Kenneth Koh untuk berada di tempat kedua.

Dapat dilihat persaingan yang sengit antara Abdul Miqail dan Kenneth Koh bermula daripada lap ke-15. Pada lap terakhir, kedua-dua kereta berlanggar sewaktu percubaan memotong daripada Miqail.
Pelumba Crestmax Motorsports, Bradley Benedict Anthony berjaya mendapat tempat pertama walaupun berada di belakang Naquib dengan masa kurang 7.412 saat. Naquib telah diberikan penalti 30 saat sehingga jatuh ke tangga ketujuh setelah didapati memotong Kenneth dengan keempat-empat tayar terkeluar daripada litar. Melengkapkan podium di tangga kedua ialah Kenneth dan ketiga, Abdul Miqail.
Rookie
Race 1

Untuk kategori Rookie, Nabil Azlan berjaya mendapat tempat pertama mengalahkan Sharique Zulqarinain dan Muhammad Hamdany Abdul Hamid.
Race 2
Remaja berusia 18 tahun, Sharique Zulqarinain berjaya mendapat tempat podium buat kali kedua setelah menduduki tempat kedua pada Race 1 kerana menjuarai Race 2. Di tangga kedua ialah Muizz Musyaffa yang sebelum ini berada pada kedudukan terakhir pada Race 1. Berada di tempat ketiga ialah Muhammad Hamdany.
Promotional

Race 1
Selebriti, Zizan Razak berjaya mencatatkan masa yang terpantas untuk kesemua perlumbaan pada hari pertama iaitu sesi kelayakan dan juga Race 1. Shukri Yahya pula mendapat tempat kedua dengan hanya 11.215 saat di belakang Zizan. Walaupun memulakan perlumbaan daripada posisi terakhir, Shukri berjaya memintas pelumba-pelumba lain. Berada di tempat ketiga ialah Ahirine Ahirudin.

Race 2

Race 2 dijuarai oleh Shukri Yahya, diikuti oleh Zizan Razak dan di tempat ketiga, Nabil Ahmad.
Persaingan kali ini menjadi ‘pentas’ yang menunjukkan kemampuan sebenar Zizan Razak sebagai bukan hanya pelawak dan pelakon hebat tetapi juga seorang pelumba yang berbakat. Zizan menunjukkan pencapaian yang membanggakan kerana selain bermula daripada kedudukan paling belakang, beliau turut terbabas pada pusingan pertama setelah dilanggar oleh pelumba lain.
Walaupun terbabas, Zizan kembali meneruskan perlumbaan sebelum cuba memintas pelumba-pelumba lain bermula daripada Ain Edruce untuk berada di posisi kelima dan Wany Hasnita yang sebelum ini berada di posisi keempat. Semasa di lap ketujuh, Nabila Razali berjaya dipintas oleh Zizan.

Usaha untuk berada di hadapan tidak terhenti di situ, Zizan cuba pula untuk merampas kedudukan kedua Nabil pada pusingan keempat dan berjaya.
Namun begitu, Zizan tidak dapat mengejar Shukri Yahya yang pada awalnya berada di petak kelima. Shukri berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke garisan penamat dengan kelebihan masa 12.626 saat berbanding Zizan. Nabil pula berada di belakang Zizan dengan kelewatan hanya 1.735 saat.
Pusingan yang seterusnya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti dengan harapan agar kes Covid-19 mula reda supaya dapat membuka pintu kepada orang ramai untuk menyaksikan perlumbaan ini secara langsung di litar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.
29-01-2026
Lagi Kereta Terbakar, 2 Rentung
Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau, Johor Bahru, pagi tadi.
22-10-2025
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
FitSURE: Bantu Ibu Bapa Pilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak
Setakat ini, enam model kenderaan telah dinilai, termasuk Perodua Alza, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vios, Toyota Veloz, dan Honda City.
20-03-2025
Ramai Kakitangan Awam Bankrap: Mampu Pakai Myvi, Janganlah Pakai Vios - KSN
Kakitangan awam perlu berbelanja mengikut kemampuan sendiri bukannya kehendak.
09-03-2025
Guru Terselamat, Kereta Dirempuh Kereta Api
Kereta yang dipandu guru itu dikatakan rosak di tengah landasan kereta api.
25-02-2025
Masalah Rumah Tangga, Punca Seorang Lelaki Bakar Kereta Isteri
Polis buru lelaki bakar kereta isteri.
03-02-2025
Kes Langgar Lari: Mujur Tiada Yang Terkorban
Polis telah menahan lima suspek kejadian berkenaan.
31-01-2025
Berita Terkini
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
