Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih
![]()
CUV saiz sederhana versi elektrik sepenuhnya yang juga merupakan model terbaik keluaran Hyundai Motor ini kini bakal ditawarkan dalam versi baharu yang telah dinaik taraf untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik.
Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi iaitu dengan pemasangan cermin digital berasaskan video, 'conditioning battery' baharu, Smart Frequency Dampers dan juga bateri 77.4 kWh baru.
Naib Presiden Pemasaran dan Produk Hyundai Motor Eropah, Andreas-Christoph Hofmann berkata, "Ioniq 5 telah terbukti sebagai model yang sangat berjaya dalam 12 bulan sejak ia dilancarkan, baik dari segi jualan mahupun pembinaan jenama. Perkembangan dalam segmen ini cukup kompetitif, dan kami akan menawarkan ciri-ciri baharu yang diperbaik untuk mempertahankan kedudukan kami sebagai peneraju teknologi dalam industri automotif."

Terbukti bergerak jauh ke hadapan berbanding pesaing-pesaing lain, Ioniq 5 dilengkapi dengan cermin luar dan dalam digital yang memiliki fungsi video, yang pertama seumpamanya.
Kamera luaran Digital Centre Mirror (DCM) yang dipasangkan di bawah spoiler belakang Ioniq 5 dapat mengoptimumkan penglihatan dengan memberikan pandangan panorama yang luas bahagian belakang tanpa halangan.
Ioniq 5 turut dilengkapi Digital Side Mirrors (DSM) dalaman, yang dapat mengurangkan rintangan angin dan menawarkan pandangan belakang yang jelas walau dalam cuaca buruk.

Sebenarnya kedua-dua ciri ini telah pun ditawarkan dalam pasaran Korea, namun kini buat pertama kalinya, ia disediakan untuk negara-negara Eropah.
Seterusnya, Ioniq 5 2023 kini dilengkapi ciri 'battery conditioning' baharu yang mana bateri kereta akan menyesuaikan suhu secara automatik semasa perjalanan.
Ciri ini diwujudkan untuk memastikan tahap pengecasan yang optimum semasa tiba di mana-mana poin pengecasan. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan prestasi pengecasan nyata kereta dalam persekitaran yang sejuk.

Fungsi tersebut diaktifkan secara automatik apabila poin pengecasan dimasukkan dalam sistem navigasi kenderaan menggunakan penghalaan yang disambungkan (connected routing).
Ciri terbaharu lain ialah Smart Frequency Dampers (SFD). Fungsi ini diwujudkan untuk meningkatkan respon suspensi gandar depan dan belakang kereta bagi menambahkan keselesaan perjalanan.
Akhir sekali, dari segi rekaan, Ioniq 5 kali ini menawarkan pilihan gabungan kemasan yang baharu. Ini termasuklah bampar hitam yang tidak bercat, kemasan hitam dan juga lampu LED.

Ioniq 5 2023 boleh ditempah oleh pelanggan di negara-negara Eropah bermula separuh kedua tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge