Jenayah Pecah Rumah Dijangka Naik Raya Nanti! 7 Cara Elak Kereta Dicuri Semasa Pulang Beraya
Dah mula berkemas untuk balik raya hujung minggu ini? Mungkin ada antara anda yang akan meninggalkan rumah dengan menggunakan sebuah kereta besar untuk pulang ke kampung beramai-ramai (barulah terasa suasana beraya!). Ini mungkin bermaksud kereta lain yang tidak dibawa pulang ke kampung akan ditinggalkan sahaja di rumah.
Tetapi, yakinkah kereta anda masih ada di rumah bila balik daripada kampung nanti? Merisaukan, kerana jenayah pecah rumah atau kecurian dijangka akan meningkat musim Aidilfitri yang akan datang.
"Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri."
– Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai.
Bagaimana caranya untuk pulang ke kampung dengan tenang bila terpaksa tinggalkan kereta di rumah?

Dalam artikel kali ini admin kongsikan 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kereta daripada dicuri atau dipecahkan. Beberapa tips yang disenaraikan juga dapat membantu menyelamatkan bukan sahaja kereta tetapi rumah anda.
#1 Pasangkan pemasa (timer) lampu

Lampu yang terbuka adalah penunjuk yang paling jelas sama ada sesebuah rumah itu kosong. Namun, anda tidak boleh membuka lampu tanpa tutup sekiranya balik kampung berhari-hari, ini bukan sahaja boleh menyebabkan bil lebih tinggi daripada biasa, tetapi juga berbahaya kerana berisiko untuk terbakar. Oleh itu, pertimbangkanlah penggunaan pemasa lampu.
#2 Pasang sistem CCTV di kawasan parkir rumah
Terdapat pelbagai jenis kamera sekuriti atau CCTV yang ditawarkan dalam pasaran. Namun yang paling menarik adalah jenis yang boleh disambungkan dengan Wi-Fi, CCTV dengan sambungan Wi-Fi ini membolehkan pengguna menerima notifikasi pergerakan atau melihat kamera di mana-mana sahaja. Lebih baik lagi, sekiranya anda cuba mendapatkan CCTV jenis infrared atau pandangan malam. Ada juga CCTV yang hadir dengan fungsi audio dua arah, anda boleh terus 'sergah' perompak yang terlihat dalam kamera.
#3 Tak cukup bajet untuk buat no. 2? Pasang sahaja CCTV 'palsu' (dummy)

Raya kali ini mungkin anda dah bershopping sakan, maklumlah, dah dua tahun tak dapat balik raya. Jangan risau, masih ada cara untuk menakutkan perompak. Anda boleh mencari CCTV palsu untuk diletakkan di mana-mana lokasi yang mudah untuk dilihat.
#4 Pasang kunci stereng

Pemasangan kunci stereng dapat membantutkan niat pencuri kereta. Bila terlihat stereng kereta berkunci, pencuri biasanya akan abaikan kereta anda dan mencari kereta lain yang kosong tanpa sebarang perlindungan keselamatan untuk menyingkatkan masa.
#5 Pasang GPS tracker
![]()
Walaupun kunci telah dibawa balik sekali ke kampung, tidak bermakna pencuri tidak boleh menghidupkan enjin kereta anda dengan 'kemahiran' yang dimiliki. Oleh itu, pasangkan GPS untuk memudahkan anda mengesan kedudukan kereta sekiranya dicuri.
#6 Pasang tinted keselamatan (Security film)

Sekiranya anda ingin mengelakkan sesuatu barangan di dalam kereta daripada dicuri, pemasangan security tinted berkemungkinan besar dapat menyelamatkan kereta daripada berjaya dipecahkan.
Security tinted memberikan cermin ketebalan tambahan melalui gabungan beberapa lapisan filem tinted berserta pelekat yang kuat. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi tinted ini boleh klik sini.
#7 Minta rakan atau jiran untuk menjenguk rumah
Dapatkan bantuan rakan yang dipercayai atau jiran berdekatan untuk memastikan keadaan rumah beberapa kali setiap hari. Ini boleh membantu menghidupkan suasana rumah agar tidak kelihatan terlalu kosong.
Tips: Jangan tinggalkan kunci di bawah karpet, dalam pasu atau sebagainya kerana teknik ini sudah terlalu kerap digunakan. Berkemungkinan besar, pencuri dah boleh teka di mana anda sorokkan kunci.

Bagaimana? Ada tak yang anda tak terfikir lagi sebelum ini? Semoga Aidilfitri kali ini anda dapat pulang beraya ke kampung dengan jiwa yang lebih tenang!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Penduduk Kampung Hulur Air Kepada Pengguna Jalan Yang Berjam Tersekat Dalam Trafik
Tular baru-baru ini sebuah video berdurasi 32 saat hasil perkongsian di TikTok menunjukkan sekumpulan anak muda menghulurkan air.
09-05-2022
Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus
Senarai tol percuma dan juga tol berdiskaun sempenan Hari Raya Aidilfitri.
26-04-2022
Kenaikan Tambang Bas 10% Diluluskan Kerajaan, 40,000 Tiket E-Mutiara Tetap Jadi Rebutan Perantau.
Fenomena pulang ke kampung di Kelantan nampaknya luar biasa tahun ini memandangkan syarikat pengendali bas ekspres terkemuka, E-Mutiara, mengesahkan sebanyak 40,000 tiket perjalanan telah habis terjual sepenuhnya .
06-03-2026
Puspakom Tutup Bermula 9 April Ini Sempena Aidilfitri – Sila Buat Penjadualan Semula
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan ditutup bermula 9 April 2024.
07-04-2024
TULAR: Ular Sawa Terjatuh Dari Kereta Aruz, Nasib Tak Kena Lilit
Pemandu terkejut lihat ular sawa terjatuh dari Aruz.
29-04-2023
ANIH Cadang Waktu Perjalanan, Sebab Ramai Belum Balik
Masih ramai yang belum pulang ke ibu kota.
25-04-2023
Aidilfitri: Nak Balik Kampung Guna KLK, LPT1? Rujuk Jadual Perjalanan, Kalau Tak, Habis Kaki Cramp
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur
17-04-2023
Lelaki Bakar Mercun Tepi MRR2 Sudah Dicekup Polis, Tak Pasal Naik Mahkamah
Seorang lelaki tular di Facebook gara-gara tindakannya membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, Kuala Lumpur.
17-04-2023
Berita Terkini
Analisis: Kenapa Inisiatif Carpool Gagal Tambat Hati Pengguna Jalan Raya Di Malaysia
Biar Poket Kering, Asal Hati Senang,” Fenomena Pemandu Solo Punca Jalan Raya Tak Pernah Sunyi.
09-04-2026
4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing
Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.
07-04-2026
Bukan Salah Harga Petrol, Ini Sebab Kereta Paling Jimat Pun Boleh Lantak Minyak Cepat
Kajian dedah punca sebenar minyak kereta cepat habis.
06-04-2026
Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto
Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.
05-04-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula
Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?
27-03-2026
Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta
Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.
26-03-2026
Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER
Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER
26-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat