ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jualan Kenderaan Elektrik (EV) Mula Laris Di Malaysia, Tapi Kenapa?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Penerimaan awam terhadap kenderaan elektrik EV dilihat semakin meningkat namun hakikatnya ada sebab-sebab tertentu mengapa ia masih belum menjadi idaman rakyat Malaysia!


Yang pertama adalah kerana harganya yang agak keras, kedua kurangnya stesen pengecasan dan ketiga adalah kerana jarak pemanduan yang terhad.

Namun ada juga alasan lain. 

Berikut adalah perincian mengenai kelebihan dan kekurangan EV: 


Namun di sebalik kekurangan EV itu, tahukah anda bahawa EV dikatakan semakin laris dalam kalangan penduduk di Malaysia.

Jangan terkejut, kenyataan ini adalah sahih!

Ini kerana perkara itu diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.


Beliau berkata tempahan terhadap kenderaan elektrik dilihat semakin melonjak ketika ini sebaik negara memasuki fasa endemik.

Ikuti temubual eksklusif Caricarz bersama Datuk Aishah Ahmad.

Apakah pandangan datuk mengenai penerimaan awam terhadap EV ketika ini?

Datuk Aishah: Rakyat Malaysia dilihat semakin berminat membeli EV. Buat masa ini, tempahan EV juga  dilihat semakin meningkat.

Mengapa jualan EV secara tiba-tiba mula  melonjak?

Datuk Aishah:  Ini adalah kerana pemilik EV menerima insentif pengecualian cukai untuk pembelian EV.

Berapakah tempahan EV setakat tahun lalu?

Datuk Aishah: Sebanyak 274 unit kereta elektrik terjual dalam pasaran tempatan sepanjang tahun lalu.

Bagaimana pula, rekod jualan EV pada tahun ini?

Datuk Aishah: Sepanjang bulan Januari dan Februari 2022, cuma 30 buah EV terjual.

Selain Presiden MAA, Caricarz turut menghubungi Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia MyEVOC, Datuk Shahrol Halmi.


Ketika ditanya pendapat beliau mengenai permintaan EV ketika ini, sama ada masih rendah atau sebaliknya.

Ini jawapan Datuk Shahrol.

Apakah pendapat datuk mengenai permintaan EV di Malaysia?

Penggunaan EV sedang dalam proses menaik dan nampaknya ia akan terus popular pada masa akan datang.

Adakah EV boleh dikatakan semakin laku keras?

Sebenarnya semakin ramai meluahkan hasrat untuk membeli kenderaan itu disebabkan beberapa faktor.

Misalnya, pemanduan yang lebih lancar dan tidak bising. Minat itu ada cuma semuanya bergantung pada bajet individu itu sendiri.

Apakah pengalaman datuk dan ahli-ahli MyEVOC, adakah berbaloi membeli EV?

Memang berbaloi. Ini kerana pengalaman pemanduan yang amat senyap selain dapat merasai kuasa tork yang serta-merta. 

Berdasarkan respons semua ahli, rata-rata ahli mengakui bahawa penggunaan EV amat menjimatkan berbanding dengan kereta konvensional.

Berapakah kos pengecasan EV?

Anggaran penjimatan kos lebih kurang 25 hingga 40 peratus.

Namun, semuanya bergantung kepada jenis kereta EV (ada yang lebih effisien).

Lazimnya, pemilik EV dilihat lebih gemar mengecas di pusat membeli-belah kerana lokasi seumpama itu menyediakan perkhidmatan berkenaan secara percuma.


Adakah stesen pengecasan EV sudah mencukupi? 

Pada pandangan saya,  stesen pengecasan EV harus ditambahkan dengan secepat mungkin kerana jumlah kereta EV semakin bertambah apatah lagi dengan insentif bebas cukai ketika ini.

Bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan?

Seperti sedia maklum,  EV tidak menggunakan minyak enjin dan sebagainya, maka kos penyelenggaraan memang rendah jika  dibandingkan dengan kereta petrol. 

Berapa jumlah ahli MyEVOC?

Berdasarkan rekod halaman Facebook MyEVOC, ia kini memiliki lebih 11, 800 ahli.

Ditanya mengenai trend EV di Malaysia, beliau berkata, ia masih fokus kepada model-model high end seperti:

Porsche

BMW


Hyundai

Volvo

Mercedes-Benz


Tesla

MG

Audi

Kesimpulan:

Secara ringkasnya, nampaknya rakyat Malaysia mula menerima penggunaan elektrik kenderaan namun kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan infrastruktur stesen pengecasan EV baharu bagi menggalakkan orang ramai membeli EV.

Biarpun, kerajaan telah menawarkan pengecualian duti import bagi unit terbina sepenuhnya (CBU), pengecualian cukai jalan dan pelepasan cukai RM2,500 untuk pembelian kenderaan EV namun, limitasi stesen pengecasan masih menimbulkan persoalan.

Apakah pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6526

SELANGOR

BSQ8454

JOHOR

JYY7485

PULAU PINANG

PSD1321

PERAK

APJ2503

PAHANG

CFG7912

KEDAH

KGG5216

NEGERI SEMBILAN

NEK6635

KOTA KINABALU

SJS4331

KUCHING

QAB119P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-02-2023
Berita Auto

15-02-2022
EV

07-12-2022
EV

EV Pertama Mercedes-Benz: 190 hp, Harga 278K

Buat julung kalinya,Mercedes-Benz melancarkan model kereta elektrik pertamanya, EQA 250 AMG Line ke pasaran Malaysia.

10-03-2022
Kereta Baru

03-01-2025
EV

07-06-2024

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.