- Berita
- Berita Auto
- Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’
Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’

Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. CariCarz berpeluang untuk melihat jentera mewah ini sebentar tadi di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur Provenance Showroom.
Pada bulan Jun 2021 yang lalu, Rolls-Royce telah memperkenalkan Landspeed Collection yang menampilkan Wraith dan Dawn Black Badge bagi memperingati peristiwa bersejarah yang dicipta oleh George Eyston pada tahun 1930-an. Beliau telah memecahkan rekod kelajuan darat sebanyak 3 kali dengan jentera yang dinamakan Thunderbolt di laluan Salt Flats.

Unit yang dipamerkan, Wraith Black Badge ialah satu-satunya unit yang mendarat di Malaysia daripada 35 buah yang terdapat di seluruh dunia!
Fakta menarik: Semua unit dah terjual! Siapa pembelinya? Kekal misteri.
Apabila Peristiwa Bersejarah Menjadi Inspirasi Reka Bentuk Kereta
Bukan sekadar kereta mewah biasa, seperti yang dikatakan, ia telah dihasilkan untuk memperingati peristiwa bersejarah yang tercipta lebih 8 dekad yang lalu. Berikut merupakan bahagian-bahagian rekaan yang dimaksudkan:
#1 Warna Kuning


Penggunaan kemasan berwarna warna kuning pada beberapa bahagian kereta seperti pada bahagian penutup tengah rim dan bampar bawah adalah diinspirasikan daripada bulatan berwarna kuning pada Thunderbolt.

Warna ini digunakan pada hari sejarah dilakarkan supaya pergerakan jentera mudah dikesan oleh sejenis alat pemasa fotoelektrik yang digunakan ketika itu.
#2 Garisan




Terdapat corak ‘garisan’ daripada bahagian tengah stereng, bahagian tengah tempat duduk pemandu dan juga pada bahagian tempat duduk belakang pemandu. Ini mewakili garisan trek berwarna hitam yang telah dilukiskan di laluan yang digunakan Thunderbolt iaitu Salt Flats untuk memudahkan Eyston mengawal kereta agar bergerak hanya di atas laluan yang lurus.
#3 Tempat letak tangan berpad dan berjahit

Tempat letak tangan ini dihasilkan sebegini (berpad dan berjahit) untuk meniru rekaan sama yang terdapat pada tempat duduk pemandu Eyston pada ketika itu.
#4 Tekstur seperti ‘kayu’


Tekstur yang kelihatan seperti kayu pada papan pemuka dan beberapa bahagian lain kereta ini adalah hasil daripada penghasilan semua secara digital permukaan Salt Flats yang digunakan pada hari rekod dicipta. Kemasan kayu pada tempat duduk belakang pula terdapat ukiran banjaran gunung Silver Island, iaitu banjaran yang dapat dilihat daripada laluan yang digunakan Eyston.
#5 Reka bentuk jam

Reka bentuk jam yang diletakkan pada papan pemuka kereta ini sebenarnya diambil daripada rekaan tolok yang digunakan dalam Thunderbolt. Terukir di sini adalah rekod kelajuan terakhir Eyston.
#6 Kemasan sutera


Pada pintu pemandu, terdapat kemasan berwarna merah dan ungu. Warna-warna ini adalah sama seperti anugerah yang pernah diterima Eyston iaitu Military Cross after World War I, Chevalier of the Légion d'Honneur dan Order of the British Empire selepas perang dunia kedua.
#7 Cahaya bintang

Cahaya bintang pada headliner kereta menggambarkan keadaan langit malam yang menyelubungi Salt Flats ketika Eyston mencatatkan rekod terakhir beliau. Menariknya, ia dihasilkan dengan menggunakan sebanyak 2,117 “bintang” gentian optik daripada pelbagai saiz berbeza! Bintang terbanyak yang pernah digunakan Rolls pada headliner kereta. Sesetengah daripada bintan ini digabungkan dengan jahitan berwarna biru untuk mewakili buruj.

Plak logam ini menunjukkan latitud dan longitud yang tepat
Di mana Thunderbolt yang digunakan Eyston sekarang?

Malangnya, Thunderbolt yang digunakan sewaktu rekod ini dicatatkan telah pun musnah dalam sebuah kebakaran yang berlaku pada tahun 1947 sewaktu ia disimpan di dalam sebuah gudang. Namun kedua-dua enjin V12 yang digunakannya kini di bawah jagaan Royal Air Force Museum, London.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Nampak Jahat: Tapi Bukan Sebarang Kereta
Rolls-Royce melancarkan Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection, baru-baru ini.
13-10-2023
Tempah Sekarang, Dapat 2 Tahun Lagi
Ada sebabnya mengapa penghantaran Spectre lambat sangat.
23-05-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...
Rolls-Royce Silver Shadow 1974 milik penyanyi legenda dunia, Freddie Mercury, bakal dilelong.
17-10-2022
Koleksi Landspeed Rolls-Royce: Hanya Wujud 56 Unit! Kenapa Kereta Dalam Koleksi Ini Terlalu Unik?
Landscape Collection Rolls-Royce yang eksklusif, hanya 56 unit ditawarkan di seluruh dunia.
29-06-2021
Rolls Royce Black Badge Bernilai RM1.8 Juta Dilancarkan Di Malaysia!
Black Badge Ghost telah dirasmikan di Malaysia. Ini ciri-ciri menarik yang terdapat pada kereta mewah ini.
10-03-2022
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
