ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. CariCarz berpeluang untuk melihat jentera mewah ini sebentar tadi di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur Provenance Showroom.

Pada bulan Jun 2021 yang lalu, Rolls-Royce telah memperkenalkan Landspeed Collection yang menampilkan Wraith dan Dawn Black Badge bagi memperingati peristiwa bersejarah yang dicipta oleh George Eyston pada  tahun 1930-an. Beliau telah memecahkan rekod kelajuan darat sebanyak 3 kali dengan jentera yang dinamakan Thunderbolt di laluan Salt Flats.




Unit yang dipamerkan, Wraith Black Badge ialah satu-satunya unit yang mendarat di Malaysia daripada 35 buah yang terdapat di seluruh dunia! 


Fakta menarik: Semua unit dah terjual! Siapa pembelinya? Kekal misteri.


Apabila Peristiwa Bersejarah Menjadi Inspirasi Reka Bentuk Kereta


Bukan sekadar kereta mewah biasa, seperti yang dikatakan, ia telah dihasilkan untuk memperingati peristiwa bersejarah yang tercipta lebih 8 dekad yang lalu. Berikut merupakan bahagian-bahagian rekaan yang dimaksudkan:


#1 Warna Kuning



Penggunaan kemasan berwarna warna kuning pada beberapa bahagian kereta seperti pada bahagian penutup tengah rim dan bampar bawah adalah diinspirasikan daripada bulatan berwarna kuning pada Thunderbolt.




Warna ini digunakan pada hari sejarah dilakarkan supaya pergerakan jentera mudah dikesan oleh sejenis alat pemasa fotoelektrik yang digunakan ketika itu. 


#2 Garisan 



Terdapat corak ‘garisan’ daripada bahagian tengah stereng, bahagian tengah tempat duduk pemandu dan juga pada bahagian tempat duduk belakang pemandu. Ini mewakili garisan trek berwarna hitam yang telah dilukiskan di laluan yang digunakan Thunderbolt  iaitu Salt Flats untuk memudahkan Eyston mengawal kereta agar bergerak hanya di atas laluan yang lurus. 


#3 Tempat letak tangan berpad dan berjahit



Tempat letak tangan ini dihasilkan sebegini (berpad dan berjahit) untuk meniru rekaan sama yang terdapat pada tempat duduk pemandu Eyston pada ketika itu.


#4 Tekstur seperti ‘kayu’ 


Tekstur yang kelihatan seperti kayu pada papan pemuka dan beberapa bahagian lain kereta ini adalah hasil daripada penghasilan semua secara digital permukaan Salt Flats yang digunakan pada hari rekod dicipta. Kemasan kayu pada tempat duduk belakang pula terdapat ukiran banjaran gunung Silver Island, iaitu banjaran yang dapat dilihat daripada laluan yang digunakan Eyston. 


#5 Reka bentuk jam



Reka bentuk jam yang diletakkan pada papan pemuka kereta ini sebenarnya diambil daripada rekaan tolok yang digunakan dalam Thunderbolt. Terukir di sini adalah rekod kelajuan terakhir Eyston. 


#6 Kemasan sutera




Pada pintu pemandu, terdapat kemasan berwarna merah dan ungu. Warna-warna ini adalah sama seperti anugerah yang pernah diterima Eyston iaitu Military Cross after World War I, Chevalier of the Légion d'Honneur dan Order of the British Empire selepas perang dunia kedua. 

 

#7 Cahaya bintang



Cahaya bintang pada headliner kereta menggambarkan keadaan langit malam yang menyelubungi Salt Flats ketika Eyston mencatatkan rekod terakhir beliau. Menariknya, ia dihasilkan dengan menggunakan sebanyak 2,117 “bintang” gentian optik daripada pelbagai saiz berbeza! Bintang terbanyak yang pernah digunakan Rolls pada headliner kereta. Sesetengah daripada bintan ini digabungkan dengan jahitan berwarna biru untuk mewakili buruj.



Plak logam ini menunjukkan latitud dan longitud yang tepat



Di mana Thunderbolt yang digunakan Eyston sekarang?



Malangnya, Thunderbolt yang digunakan sewaktu rekod ini dicatatkan telah pun musnah dalam sebuah kebakaran yang berlaku pada tahun 1947 sewaktu ia disimpan di dalam sebuah gudang. Namun kedua-dua enjin V12 yang digunakannya kini di bawah jagaan Royal Air Force Museum, London.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

05-09-2023
EV

15-06-2023
Berita Auto

20-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.