Syarikat Ini Hasilkan EV Bergaya Retro! Gerak Hampir 500KM Sekali Cas!

Kreativiti tanpa batasan, sebuah syarikat permulaan (startup), Olympian Motors yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat tampil dengan idea penghasilan kereta elektrik (EV) dengan rekaan badan yang diinspirasikan daripada kereta klasik.

Awal Mac lalu, Olympian Motors telah mengeluarkan sebuah video acah yang memaparkan model pertama syarikat, O1, yang dikatakan bakal "menyediakan standard estetik yang lebih tinggi dan kualiti yang tinggi.”


Kemampuan EV O1
Kenderaan elektrik bertema retro ini dilengkapkan dengan pek bateri 82 kWh dan boleh mencapai jarak sejauh 490 km dengan sekali cas. EV ini akan menggunakan sistem pacuan roda belakang sebagai ciri standard dan boleh mencecah kelajuan tertinggi 257 km/j.

Ruang Kabin EV O1

Bagi mengekalkan ciri klasik kereta, ruang kabin O1 tidak dilengkapkan dengan sistem infotainmen atau kluster digital sebagaimana yang terdapat pada kereta moden lain. Namun ini digantikan dengan cermin depan yang dilengkapi teknologi paparan head-up (HUD) AR. Syarikat ini turut melaporkan bahawa 80 peratus daripada keseluruhan butang dan suis yang terdapat dalam sesebuah kereta dibuang daripada rekaan kerana kesemua fungsi ini boleh dikawal dengan sistem 'Voice First.'
Keselamatan EV O1
Standard keselamatan EV O1 dipertingkat melalui penggunaan titanium dan gentian karbon bergred tentera. Selain itu, kereta turut lengkap dengan sembilan beg udara. Sementara itu, dua tempat duduk belakang hadir dengan cangkuk (anchor). Di samping itu, kanopi kaca dan tingkap kereta telah disaluti untuk mengelakkan ianya daripada pecah berderai kerana impak.
Bilakah model ini akan dikeluarkan?
Olympian Motors masih lagi belum mengumumkan tarikah rasmi pengeluaran model ini akan dimulakan, tetapi O1 sudah pun mula ditawarkan pada harga USD 100,000 (RM 437,850.00), dengan deposit USD 500 (RM 2189.25).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat