Kerajaan Putuskan Tiada Lanjutan SST
Teka-teki pengecualian cukai dan jualan kereta penumpang akan dilanjutkan atau dibatalkan akhirnya terjawab apabila Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa ia akan berakhir 30 Jun ini seperti mana yang dijadualkan sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebentar tadi.

Bagaimanapun, ada berita baik bagi yang mahu membeli kenderaan baharu!
Bagi yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini, mereka dikatakan masih layak menikmati insentif tersebut.
Sebaliknya, mereka perlu membuat pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac tahun depan.
“Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah (midpoint solution) bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara,”katanya dalam satu kenyataan.

Untuk info, inisiatif yang bermula sejak 15 Jun 2020 itu menyebabkan sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan pembeli telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.
Biarpun sektor automotif yang telah kembali beroperasi seperti biasa namun sejumlah permintaan masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan rantaian bekalan global.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi Malaysia sebaliknya satu dunia!

“Seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.
“Oleh itu, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli,” katanya.
Pengecualian SST dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan Penjana, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan akibat wabak Covid.
Skim itu pada asalnya dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2020, tetapi telah dilanjutkan tiga kali, dengan tarikh tamat terbaharu ditetapkan pada 30 Jun ini.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SST Mungkin Dilanjutkan Lagi? Apapun Tunggu Pengumuman MOF
Kerajaan mungkin melanjutkan pengecualian cukai jualan (SST) untuk kenderaan baharu bagi membantu industri automotif.
13-06-2022
Lanjut SST Atau Tidak, Tunggu Keputusan MOF
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong menyifatkan keputusan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).
07-06-2022
Apa Kata Pakar Ekonomi? Ini Jawapan Mereka!
Setakat ini, kerajaan masih belum memutuskan sebarang keputusan sama ada SST kereta diteruskan atau dibatalkan.
25-04-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

