Lanjut SST Atau Tidak, Tunggu Keputusan MOF
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong menyifatkan keputusan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanapun, beliau berpendapat pengecualian SST sebenarnya membawa banyak manfaat kepada sektor automotif namun kini sama ada SST akan lanjut atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan MOF.

“Ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengecualian SST.
"Susulan itu, pasaran automotif terutamanya perniagaan kereta terpakai dilihat dapat terus berdaya maju. Jika tidak melanjutkan SST, adalah sukar bagi peniaga untuk bertahan ketika berhadapan dengan wabak itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status SST pada sidang akhbar majlis pelancaran sistem operasi automotif Atlas di ibu negara petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, insentif itu telah meningkatkan sektor ekonomi dan pemulihan.
“Kementerian Pengangkutan juga dapat melihat perkembangan positif itu menerusi melalui urus niaga di Jabatan Pengangkutan Jalan.
“Bagaimanapun, kita perlu mempertimbangkan keupayaan kewangan negara dan untuk itu, saya serahkan kepada budi bicara MOF,” katanya.
Beliau akan bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membincangkan isu berkenaan.

"Sebagai Menteri Pengangkutan, saya melihat skim pengecualian itu memberi manfaat kepada perniagaan dan peniaga kereta.
"Mereka dapat mengekalkan perniagaan mereka dan tidak perlu sehingga buang pekerja. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh MOF, ia akan disokong oleh Kementerian Pengangkutan. Ia adalah keputusan dan tanggungjawab kolektif," ujarnya.
Untuk makluman, SST sebenarnya dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2020, namun telah dilanjutkan sehingag tiga kali.
Ia akan berakhir pada 30 Jun 2022.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ringan Sedikit Beban: Harga RON97, RON95, Diesel Tanpa Subsidi Turun Bermula 6 Ogos
Khabar Gembira Pengguna Kenderaan: MOF Umum Penurunan Harga RON97, RON95 & Diesel Minggu Ini.
05-08-2026
Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini
Berita Melegakan: Harga Minyak Turun Beramai-ramai, Masa Terbaik Untuk 'Full Tank'!
13-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar
MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.
08-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
