Harga EV Naik Sehingga 22 Peratus Di AS! Ini Puncanya…
Pembeli kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat berdepan dengan kenaikan harga EV sehingga 22 peratus dalam jangka masa hanya setahun iaitu dari Mei tahun lalu hingga Mei 2022, lapor The Wall Street Journal.
Punca Pertama: Peningkatan Kos Bahan

Contoh bateri EV
Syarikat-syarikat yang telah menaikkan harga kereta ialah Tesla Inc, Ford Motors Co, Motors Co, Lucid Group Inc dan juga Rivian Automotive Inc. Kenaikan harga EV ini dikatakan berpunca daripada peningkatan kos bahan-bahan penting seperti litium, nike, kobalt dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menghasilkan bateri.
Baca: Bateri EV Ini Boleh Capai 100% Dalam Masa 10 Minit!
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Ford, John Lawler berkata minggu lalu, kenaikan kos komoditi memberi kesan kepada keuntungan yang disasarkan syarikat untuk model Mustang Mach-E. Pengeluar kenderaan terpaksa menaikkan harga untuk menampung perbelanjaan yang tinggi. Namun begitu, kenaikan harga EV ini masih tidak mencukupi untuk mengekalkan margin.
Punca Kedua: Kenaikan Harga Minyak
Berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh laman web jualan kereta, TrueCar, kenaikan harga minyak juga menjadi punca harga EV semakin meningkat. Lebih daripada separuh responden yang terlibat dalam kajian ini menyatakan keinginan untuk membeli EV disebabkan harga minyak.
Adakah Kemungkinan Harga Diturunkan Pada Masa Akan Datang?
Tidak dapat dipastikan adakah harga kereta akan diturunkan sekiranya kos bahan-bahan ini turun. Namun, pengasas Tesla, Elon Musk mendedahkan bahawa ada kemungkinan untuk harga kereta diturunkan pada masa akan datang.
Sumber: The Wall Street Journal
Baca: Jokowi Pelawa Tesla Untuk Melabur Dalam Sektor EV Secara Menyeluruh
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?
Mitos atau Fakta: Jangan Cas EV Sampai 100%.
16-11-2026
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
PERODUA Bakal Terajui EV Murah
PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.
18-01-2024
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge