ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.


Menurut Hyundai, pihaknya akan menggunakan IONIQ 5 yang mempunyai keupayaan pemanduan autonomi tahap 4 dan tidak memerlukan input daripada pemandu fizikal.


Ini bermakna, ia akan  menjadi perkhidmatan e-hailing pertama yang beroperasi dengan pemanduan autonomi di Gangnam, salah satu kawasan yang paling sesak di kota metropolitan Seoul.


“Di Hyundai Motor Group, kami membangunkan teknologi pemanduan autonomi tahap 4 berdasarkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang dibangunkan secara ‘dalaman. Fungsi keselamatannya disahkan menerusi pengeluaran  IONIQ 5.


"Kami menjangkakan projek merintis RoboRide ini akan menjadi titik perubahan penting yang membolehkan kami menghayati teknologi pemanduan autonomi,” kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Pusat Pemanduan Autonomi Hyundai Motor Group, Woongjun Jang.


Buat permulaan, pihaknya akan mengumpul semua  data pemanduan autonomi dan merancang untuk membangunkan lagi teknologi pemanduan autonomi tahap 4 bagi menawarkan pemanduan yang selamat dan fleksibel dalam persekitaran bandar yang sesak.

Perkhidmatan RoboRide akan bermula mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang (Isnin-Jumaat).


Hanya tiga penumpang dibenarkan, dan buat masa ini,  seorang pemandu akan ditempatkan di dalam kenderaan berkenaan untuk bersiap sedia jika berlaku sebarang kecemasan.

Difahamkan, Hyundai akan mengendalikan demonstrasi awal itu hanya untuk kakitangan yang dipilih secara dalaman, dan kemudian mengembangkan sasaran perkhidmatan perintis kepada pelanggan umum pada masa hadapan.

Sedikit info untuk anda:

Kereta yang berbeza mampu pelbagai tahap memandu sendiri pada skala 0-5:

Tahap 0:   Semua sistem utama dikawal oleh manusia

Tahap 1:    Sistem tertentu, contohnya kawalan pelayaran atau brek automatik, boleh dikawal oleh kereta

Tahap 2:   Sekurang-kurangnya dua fungsi automatik serentak seperti percepatan dan stereng ditawarkan oleh kenderaan. Walau bagaimanapun, manusia dikehendaki memastikan operasi yang selamat

Tahap 3:  Kereta dapat menguruskan fungsi keselamatan dalam keadaan tertentu, tetapi pemandu diharapkan mengambil alih ketika diberitahu

Tahap 4:  Kereta ini autonomi sepenuhnya dalam beberapa senario memandu, walaupun tidak semuanya. Tahap ini boleh dirujuk sebagai sangat automatik

Tahap 5: Kereta itu autonomi sepenuhnya dalam setiap keadaan

 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4996

SELANGOR

BSR6734

JOHOR

JA4495J

PULAU PINANG

PSD8914

PERAK

APJ9285

PAHANG

CFH1907

KEDAH

KGH1527

NEGERI SEMBILAN

NEK9536

KOTA KINABALU

SJT1344

KUCHING

QAB2165P

Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...

08-08-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022
Kereta Baru

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.