Warna Kereta Pengaruhi Nilai Jualan Semula, Betul Ke?
Tahukah anda, kenderaan dalam warna yang jarang ditemui seperti kuning, oren dan ungu mempunyai nilai jual semula yang tinggi berbanding kereta dalam warna dominan tradisional seperti silver, hitam dan putih.
Pendek kata, warna kereta boleh membantu atau menjejaskan nilai jualan semulanya.
Perkara ini nyata terbukti selepas membandingkan harga ke atas 650,000 kereta terpakai berusia tiga tahun yang dijual baru-baru ini.

Kajian dijalankan oleh iSeeCars yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia mendapati pilihan warna mampu memberikan kesan kepada susut nilai sesebuah kereta.
Namun ada berita baik bagi yang memilih warna kuning. Ini kerana kadar susut nilai hanyalah sekitar 4.5 peratus, diikuti warna oren (10.7 peratus) dan ungu (13.9 peratus).
Berikut perinciannya:

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa warna kuning yang mencolok mata memiliki nilai jualan yang paling tinggi.
Ini jawapannya!

Secara keseluruhannya, warna kuning mempunyai nilai susut yang terbaik.
“Warna kuning biasa didapati pada model kereta sports serta kenderaan volum rendah.
“Lagipun, kereta kuning sangat baharu dalam pasaran kenderaan terpakai. Jadi, disebabkan sukar untuk memperoleh kereta berwarna kuning, kebanyakan pembeli sanggup membayar pada harga yang tinggi,” kata Eksekutif Analisi iSeeCars, Karl Brauer.
Namun, senario ini dilihat berbeza di Malaysia.

Kereta dengan warna yang terang seperti merah, ungu, atau kuning dikatakan mempunyai nilai jual semula yang lebih rendah kerana warna-warna seperti ini sukar untuk dijaga.
Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia, warna-warna seumpama ini dikatakan mudah pudar hanya dalam beberapa tahun.
Sebaliknya, warna-warna asas seperti putih, hitam atau perak mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik.
Ini kerana ia senang dijaga, mudah dibersihkan, dan juga dapat menyembunyikan kesan calar .
Apa pula pandangan anda?
Adakah anda mempunyai pengalaman menjual kereta berwarna kuning? Adakah ia dapat dijual dengan lebih tinggi?
Kongsikan pengalaman anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5826
SELANGOR
BST4045
JOHOR
JD4929J
PULAU PINANG
PSF2720
PERAK
APL1975
PAHANG
CFH6031
KEDAH
KGH8294
NEGERI SEMBILAN
NEL6576
KOTA KINABALU
SJT8579
KUCHING
QAB5017P
Terakhir Kemas Kini 31 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat